Pompeo mula lawatan kerja ke Timur Tengah

BAITULMAQDIS, 24 OGOS – Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo tiba di Baitulmaqdis hari ini untuk memulakan lawatan kerja ke Timur Tengah selama lima hari yang tertumpu pada Israel yang akan mengadakan hubungan politik dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan mendorong negara-negara Arab lain untuk mengikutinya.

Pompeo, yang memakai penutup mulut dan hidung dengan warna bendera AS, menemui Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan dalam beberapa hari akan datang juga akan melakukan lawatan kerja ke Sudan, Bahrain dan UAE, kata Jabatan Negara.

Washington dan sekutunya Israel berharap bahawa negara Yahudi itu akan segera dapat menormalkan hubungan dengan negara-negara serantau lain yang secara tradisinya memusuhi Israel termasuk negara musuh AS, UAE dan Israel iaitu Iran.

Di Baitulmaqdis, Pompeo dan Netanyahu akan membincangkan masalah keamanan wilayah yang berkaitan dengan pengaruh jahat Iran dan menjalin serta mempereratkan hubungan Israel di wilayah itu, kata Jabatan Negara.

Pompeo juga akan menemui rakan sejawatnya Gabi Ashkenazi dan Menteri Pertahanan Benny Gantz, yang juga timbalan perdana menteri Israel di bawah perjanjian pembahagian kuasa.

Netanyahu mengatakan “sebelum ini dia dan Pompeo akan membincangkan mengenai memperluas perdamaian di rantau itu. Kami sedang berusaha untuk perdamaian dengan lebih banyak negara, dan saya fikir akan ada lebih banyak negara untuk masa depan yang tidak begitu jauh.

Israel sebelum ini hanya menandatangani perjanjian damai dengan Mesir dan Jordan, tidak seperti UAE yang bersempadan dengan Israel dan secara teknikalnya berperang dengan negara Israel. – AFP

Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu tiba dengan memakai penutup mulut dan hidung bagi sidang media selepas pertemuan di Baitulmaqdis. Pompeo tiba di Israel untuk lawatan kerja lima hari ke Timur Tengah. – AFP