Tuesday, April 29, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pondok malang menjadi mangsa

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Mac – Seorang penduduk tempatan berumur 25 tahun yang memandu kereta jenis SUV merempuh sebuah pondok perhentian bas yang terletak berdekatan sebuah pasaraya di Jalan Muara.

    Menurut kenyataan di sini, Balai Polis Cawangan Berakas telah menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian yang berlaku pada pukul 2:18 petang itu.

    Walau bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan punca kemalangan masih dalam siasatan.

    Kereta berkenaan ketika merempuh sebuah pondok perhentian bas.
    Kereta berkenaan ketika merempuh sebuah pondok perhentian bas.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda