Oleh Muiz Matdani
BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OKT – Restoran Pondok Sari Wangi, malam tadi, telah menyambut ulang tahun ke-30 dengan majlis makan malam di Emperor’s Court Restaurant, Hua Ho Manggis Mall.
Majlis dimulakan dengan ucapan oleh pengasas restoran berkenaan, Mijanti Della Rahardja yang kemudiannya memimpin upacara memotong kek.
Untuk memeriahkan majlis perayaan, pelbagai persembahan pentas diadakan oleh para pekerja yang mewakili cawangan masing-masing serta permainan mencari harta karun dan cabutan bertuah.
Majlis turut menyaksikan penyampaian anugerah kepada kakitangan yang telah lama berkhidmat dengan Dahniar Surya menerima perkhidmatan paling lama selama 30 tahun, diikuti oleh Surya Felix Cruz selama 20 tahun serta penerima anugerah bagi yang telah berkhidmat selama 17, 16, 12, 11 dan 10 tahun.
Sijil dan hadiah disampaikan oleh Pengurus, Ridwan Horas dan pemegang saham, Edwin Horas.
Turut disampaikan adalah Anugerah Pakaian Lela-ki dan Wanita Terbaik.
Pondok Sari Wangi kini mempunyai seramai 130 pekerja dengan lima cawangan.