Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Poni Divers rai Hari Menyelam Wanita PADI

    Oleh Daniel Lim

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 SEPT – Seramai 16 wanita telah menyertai aktiviti menyelam sempena Hari Menyelam Wanita Persatuan Jurulatih Selaman Profesional (PADI) yang dianjurkan oleh Poni Divers pada hujung minggu lalu.

    Diadakan dengan sokongan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), aktiviti tersebut membantu menggalakkan dan memperkasa wanita dari semua peringkat usia untuk meneroka dunia bawah air dengan selamat dan yakin.

    Hari Menyelam Wanita PADI merupakan acara antarabang-sa yang pertama kali disambut pada 2015 dengan Poni Divers mula meraikannya pada 2018 dan tahun ini merupakan yang ketiga sekali gus acara pertama yang diadakan oleh kumpulan tersebut sejak bermulanya pandemik.

    Aktiviti berkenaan menyaksikan para penyelam wanita berkenaan menyelam di Abana Reef dan snorkel di Pulau Pelong-pelongan yang terletak di luar pesisir pantai Daerah Brunei dan Muara untuk meneroka keindahan dan kepelbagaian hidupan marin di perairan Brunei. Ia diikuti dengan berkelah di Pulau Pelumpong.

    Ketua Pegawai Perniagaan Poni Divers, Anna Aziz ketika ditemui berkata, Brunei membuat kemajuan mantap ke arah menjadi komuniti menyelam yang seimbang dari segi jantina.

    “Poni berdedikasi untuk menyediakan persekitaran kerja yang selamat serta ruang selamat bagi aktiviti rekreasi. Saya menggalakkan sesiapa yang berminat dalam penyelaman untuk meneroka landskap bawah air yang belum diterokai dan membantu kami melindungi lautan,” ujarnya.

    Sebahagian penyelam yang menyertai aktiviti snorkel dan menyelam sempena Hari Menyelam Wanita PADI anjuran Poni Divers, baru-baru ini. – Gambar serahan Poni Divers
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...