Friday, December 9, 2022
22.4 C
Brunei

-

Pope Francis gesa Putin hentikan peperangan

VATICAN CITY, 2 OKT – Pope Francis pada Ahad kesal dengan pengilhakan wilayah Ukraine oleh Rusia dan menyeru pemimpin Rusia supaya menamatkan peperangan
dan menyeru presiden Ukraine supaya bersikap terbuka terhadap rundingan.

“Saya amat kesal dengan keadaan teruk yang timbul sejak kebelakangan ini, dengan tindakan lanjut yang bertentangan dengan prinsip undang-undang antarabangsa.

Ia meningkatkan risiko peningkatan nuklear, menimbulkan kebimbangan terhadap kesan tidak terkawal dan bencana di seluruh dunia,” katanya semasa doa Angelus hari ini.

Dia memohon Presiden Rusia Vladimir Putin agar menghentikan lingkaran keganasan dan kematian yang berlaku dan menggesa Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky ‘supaya bersikap terbuka kepada cadangan serius untuk mencapai keamanan’.

Beliau juga menggesa masyarakat antarabangsa untuk melakukan segala yang mungkin untuk menamatkan perang, tanpa membiarkan diri mereka tertarik ke dalam kitaran berbahaya, dan menyokong sebarang usaha untuk menyelesaikan konflik melalui dialog.

Ia merupakan kali pertama Pope Argentina bercakap secara langsung kepada pemimpin Rusia dalam ucapan sejak permulaan pencerobohan Moscow pada 24 Februari.

Francis telah berusaha sejak permulaan pencerobohan Rusia untuk membuka laluan dialog dengan Moscow, sambil mengutuk ‘perang yang kejam dan tidak masuk akal itu’. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Australia, mangsa terselamat berang pembebasan Patek

SYDNEY, 8 DIS – Mangsa-mangsa letupan bom Bali 2002 berang hari ini selepas seorang daripada pembuat bom dibebaskan dari penjara Indonesia, hanya selepas menjalani...
- Advertisment -