Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Popp akhiri kesengsaraan Euro

    MANCHESTER, UNITED KINGDOM, 26 JULAI – Alexandra Popp nampaknya ditakdirkan untuk tidak bermain di Kejohanan Eropah disebabkan kecederaan yang dialaminya. Walau bagaimanapun, penyerang veteran itu kini mengetuai pasukan Jerman kembali ke puncak kejohanan Euro Wanita 2022.

    Sebagai pemenang pingat emas Olimpik dan pemenang Liga Juara-Juara di peringkat kelab bersama Wolfsburg, Euro telah menjadi puncak kerjaya cemerlang pemain berusia 31 tahun itu sebelum mendarat di England beberapa minggu lalu.

    Keazamannya untuk bermain dalam kemenangan akhir Liga Juara-Juara Wolfsburg ke atas Lyon walaupun mengalami kecederaan ligamen buku lali telah melepaskan peluangnya untuk bermain di Euro 2013.

    Empat tahun kemudian, masalah lutut pula menyebabkan Popp gagal untuk tersenarai dalam skuad untuk Euro 2017.

    Kecederaan selanjutnya dilihat akan menggagalkan peluang terakhirnya untuk dinobatkan sebagai juara Eropah di peringkat antarabangsa.

    Justeru itu, Popp telah menjalani dua lagi pembedahan lutut pada meniskusnya sejak 15 bulan lalu, dan hanya membuat kemunculan semula pada bulan Mac.

    Walaupun dia membuktikan kecergasannya tepat pada masanya untuk dipilih oleh Martina Voss-Tecklenburg, persiapan prakejohanan Popp masih terganggu oleh ujian positif COVID.

    Walau bagaimanapun, prestasi Popp kembali memuncak pada kejohanan Euro Wanita 2022 sebagai pemain gantian dalam perlawanan pembukaan Jerman menentang Denmark.

    Dalam penampilannya ke-115 untuk Jerman, dia hanya mengambil masa 25 minit untuk menjaringkan gol pada perlawanan pertamanya di Euro dengan tandukan terjun untuk menutup kemenangan 4-0 ke atas Denmark. – AFP

    Reaksi Alexandra Popp meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol kedua pasukannya semasa perlawanan bola sepak suku akhir Euro Wanita 2022 di Stadium Komuniti Brentford, London, pada 21 Julai 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...