Friday, April 26, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Populariti kacang soya meningkat selaras makanan berasaskan tumbuhan

    TOKYO – Kacang soya telah menjadi menu makanan asasi selama bertahun-tahun, tetapi makanan baharu yang dibuat menggunakan kekacang telah mula muncul di pasar raya dan kedai-kedai makan.

    “Kebanyakan produk kacang soya baharu adalah rendah gula dan lemak, jadi saya boleh memakannya tanpa rasa bersalah,” kata seorang pekerja syarikat dari Wilayah Miyagi.

    Penggunaan kacang soya telah meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Menurut data yang dikumpul oleh Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan, penggunaan harian kacang soya bagi setiap orang adalah 19 gram pada fiskal 2020, meningkat 2 gram berbanding fiskal 2015.

    Pada Mac 2020, pengeluar makanan utama yang berpangkalan di Kobe, Fujicco Co. melancarkan ‘Marugoto Daizu no Yoguruto’, yogurt berasaskan kacang soya baharu. Produk ini mempunyai keasidan yang rendah tetapi ada kemanisan kacang soya.

    “Walaupun ia rendah kalsium berbanding yogurt standard, ia popular kerana ia tinggi serat, isoflavon soya dan nutrien lain yang terdapat dalam kacang soya,” kata Kazumi Shikita, pegawai syarikat itu.

    Fujicco juga membangunkan siri produk Beanus Soy Rice sebagai pengganti beras. Beberapa perisa yang tersedia termasuk nasi gapao dan nasi goreng dengan daun jeruk pedas takana, yang dibekukan, selain Nasi Soya kering biasa.

    Hot dog vegan Omotesando, mayonis dan pembalut berasaskan susu soya. – ANN/The Japan News

    Pada November 2021, Imperfect Omotesando, sebuah kafe dan kedai runcit di daerah Omotesando Tokyo, mula menjual mayonis yang dibuat menggunakan susu soya dan bukannya telur, serta dua jenis pembalut yang diperbuat daripada mayonis.

    Kafe itu mula memikirkan tentang mencipta produk berasaskan kacang soya selepas ia mula menerima pertanyaan tentang produk berasaskan tumbuhan sekitar tahun 2020.

    Dengan menggabungkan rempah dan bahan lain, ia menghasilkan mayonisnya sendiri, yang rasanya hampir sama dengan mayonis standard.

    Imperfect Omotesando juga menghidangkan hot dog vegan, yang dibuat menggunakan daging soya, mayonis susu soya dan hiasan susu soya.

    Pada bulan Disember, kafe susu soya SOi Space dibuka di daerah Minatomirai Yokohama pada bulan Disember.

    Antara menu yang lebih popular di kedai itu ialah kek keju yang dibuat dengan susu soya dan pulpa soya okara, dan minuman berasaskan susu soya yang dibuat dengan gula perang kokuto dan teh hitam.

    Susu soya itu dihasilkan di kilang berhampiran menggunakan kacang soya yang ditanam di Jepun.

    “Dengan memperkenalkan pelanggan kepada rasa unggul kacang soya yang dihasilkan dalam negara, kami berharap dapat membantu mewujudkan persekitaran di mana pengeluaran kacang soya akan meningkat,” kata pengurus SOi Space Yoshiko Kojima.

    Hitomi Fujihashi, pakar pemakanan dalam kacang soya, berkata: “Kacang soya rendah gula dan tinggi protein, yang sangat sesuai untuk masyarakat yang mementingkan kesihatan hari ini.

    Ia juga menarik perhatian berikutan minat yang semakin meningkat terhadap makanan berasaskan tumbuhan yang mesra alam.”

    “Kacang soya boleh digunakan dalam pelbagai cara yang berbeza dan boleh didapati dalam pelbagai produk, kedua-dua Jepun dan Barat.

    “Saya mengesyorkan menambahnya ke dalam diet harian awda,” tambah Fujihashi. – ANN/The Japan News

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Menteri India pengsan semasa berkempen kerana cuaca panas

    NEW DELHI, 25 APRIL - Seorang menteri India telah pengsan semasa berucap pada perhimpunan pilihan raya kerana cuaca panas ketika biro cuaca negara itu...