Populisme, nasionalisme ancam pertumbuhan ekonomi

KUALA LUMPUR, 4 Mac – Kuasa populisme dan nasionalisme di ekonomi-ekonomi maju merupakan risiko yang paling ketara dalam menjejaskan trajektori ekonomi Malaysia dalam suasana kelembapan ekonomi global ketika ini, kata seorang pakar ekonomi terkemuka.

Presiden Kelab Harvard Malaysia Profesor Tan Sri Dr Lin See-Yan berkata ekonomi-ekonomi maju ketika ini telah mencetuskan risiko politik yang paling menimbulkan gangguan terhadap perniagaan.

“Tindakan Presiden AS Donald Trump yang beralih kepada perlindungan merupakan satu contoh dan satu lagi adalah gangguan yang ditimbulkan oleh Brexit,” katanya pada program Bual Bicara Ekonomi Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) di sini, hari ini.

“Pilihan fiskal Itali juga berupaya menjejaskan pasaran manakala di Sweden dan Jerman, keperluan untuk membina pakatan sudahpun melemahkan pihak-pihak tradisional,” katanya.

Lin juga berkata risiko lain adalah kemelut kawal selia yang meningkat telah mula mengecilkan peluang bagi transaksi rentas sempadan.

“Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, kita telah menyaksikan persaingan antara pengawal selia di luar pasaran telah membunuh beberapa transaksi pasaran syarikat multinasional domestik yang kukuh, menimbulkan kelewatan kepada pihak lain selama berbulan-bulan dan memaksa tindakan penjualan kepentingan atau pelaburan perniagaan anak syarikat apabila kelihatan ada sedikit bukti tentang monopoli,” katanya.

Beliau berkata para pengawal selia memberi tumpuan kepada transasksi besar yang menggunakan kriteria berbeza, sering kali dengan ketelusan yang sangat sedikit.

Lin berkata peningkatan penggunaan definisi yang longgar iaitu “keselamatan negara” turut memberi gangguan terhadap rantaian perdagangan, pelaburan dan bekalan.

“Apa yang lebih penting, ancaman terhadap peningkatan kekangan kawal selia telah menjadikannya hampir mustahil bagi syarikat multinasional tertentu untuk membuat perancangan jangka panjang,” katanya.

Selain itu, katanya risiko lain yang mungkin menjejaskan pertumbuhan ekonomi global telah melebarkan ketidaksaksamaan global dan akan kemungkinan berlaku kemelesetan.

Beliau berkata bagi banyak pasaran global, kadar hasil dan perbezaan antara kadar pulangan dan pelaburan kini pada kebarangkalian sekurang-kurangnya 50 peratus dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Lin berkata kemelesetan dijangka disebabkan oleh kelembapan ekonomi secara spontan dalam agregat permintaan dicetuskan oleh kelembapan di China, impak tiada pertumbuhan ekonomi dan kegagalan pihak berkuasa fiskal Amerika Syarikat menyediakan infrastruktur perbelanjaan lebih awal untuk menstabilkan permintaan.

“Pandangan ini menyaksikan ketidaktentuan ekonomi baru-baru ini yang berlaku seperti dijangka, bukan menyebabkan, ekonomi yang semakin lemah,” katanya.

Bual bicara separuh hari itu menghimpunkan pemimpin daripada pelbagai spektrum untuk membincangkan faktor ekonomi makro yang akan menjejaskan Malaysia, sektor swasta dan institusinya, di peringkat domestik dan global. – Bernama