Sunday, February 16, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Porsche 911 GT3 catat rekod kelajuan baru

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Mei – Porsche 911 GT3 baru telah meraikan hari pertamanya di Nürburgring dengan masa pusingan 7 minit, 12.7 saat bagi trek Nordschleife yang menjadi legenda.

    Model 911 yang disahkan untuk jalan raya, dengan spesifikasi serupa model sportnya, mengatasi masa yang dicatat oleh model sebelumnya selama 12.3 saat, menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini.

    Naib Presiden Sukan Permotoran dan kereta-kereta GT di Porsche, Dr. Frank-Steffen Walliser dipetik sebagai berkata, dengan mencapai masa pusingan berkenaan, mereka jelas membuktikan bahawa 911 GT3 baru bukan sahaja memberikan pengalaman pemanduan terbaik, tetapi juga memberikan prestasi mengagumkan di Nordschleife.

    “Fokus adalah mengoptimumkan kualiti pemanduan dan menyesuaikan walaupun sedikit peningkatan dalam kuasa enjin,” tambahnya.

    Pengarah Barisan Produk GT, Andreas Preuninger pula menambah, “Beberapa tahun lalu, masa pusingan seperti ini hanya boleh dicapai kereta-kereta lumba terbaik dengan tayar-tayar lumba.

    Dr. Frank-Steffen Walliser bergambar bersama barisan produk GT.
    Dr. Frank-Steffen Walliser bergambar bersama barisan produk GT.
    Lars Kern ketika menguji pandu kereta Porsche 911 GT3.
    Lars Kern ketika menguji pandu kereta Porsche 911 GT3.

    “Kini, GT3 baru berkenaan mencapainya dengan kuasa sederhana secara perbandingannya, tetapi masih sesuai untuk penggunaan harian,” ujarnya.

    Menurut kenyataan itu lagi, Model 911 GT3 juga lebih bergantung ke atas teknologi perlumbaan daripada model sebelumnya. Enjin 368-kW (500-hp) pada model berkenaan yang meligat tinggi (high-rev) dan sedutan udara semula jadi juga boleh didapati dalam kereta perlumbaan 911 GT3 Cup.

    Dilengkapi stereng gandar belakang, Porsche Doppelkupplung (PDK) tujuh kelajuan dan tayar-tayar Michelin Sport Cup 2 N1, kereta berkenaan menghampiri garisan bermula di Eifel dengan model standard. Pada suhu udara 8 Darjah dan suhu asfalt 14 Darjah, keadaan bagi pemandu uji Porsche, Lars Kern adalah sesuai bagi perlumbaan.

    “Jika anda boleh memandu laju di Nordschleife, anda boleh memandu laju di mana-mana di seluruh dunia,” ujar Dr. Frank-Steffen Walliser.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda