Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Porsche 911 GT3, kereta lumba prestasi tinggi

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JAN – QAF Eurokars Sdn Bhd selaku pengimport dan pengedar tunggal kenderaan Porsche di Brunei Darussalam telah memperkenalkan kereta lumba berprestasi tinggi Porsche baharu, 911 GT3 kepada ahli-ahli media pada majlis yang berlangsung di Porsche Centre Brunei, kelmarin.

    Edisi ketujuh 911 GT3 itu, telah dibangunkan dengan kolaborasi erat bersama Porsche Motorsport di mana ia memindahkan teknologi lumba yang asli ke dalam sebuah kereta produksi dengan lebih sistematik daripada sebelumnya dengan penyerap depan double-wishbone, aerodinamik yang canggih dengan swan-neck rear wing mounting serta diffuser yang menarik berasal daripada kereta lumba 911 RSR GT yang cemerlang.

    Sementara itu, enjin 375kW (510 PS) 4.0-liter six-cylinder boxer adalah berasaskan kepada 911 GT3 R, di mana ia telah diuji dan berkesan dalam perlumbaan ketahanan.

    Semua itu melahirkan mesin pemanduan yang menarik dan efisien, tepat serta berprestasi tinggi amat sesuai bagi kegunaan di litar dan harian.

    Kekuatan khusus 911 GT3 terletak dalam jumlah ciri-cirinya di mana ia mempunyai kelajuan 320kmsj iaitu lebih pantas daripada 911 GT3 RS yang terdahulu di mana 911 GT3 terbaharu boleh memecut dari sifar ke 100kmsj dalam 3.4 saat.

    Pada majlis itu, sempena ulang tahun ke-25 QAF Eurokars Sdn Bhd yang mewakili Porsche Brunei, Pengurus Besar QAF Eurokars, Lahiru De Silva mengumumkan bahawa seutas jam tangan eksklusif daripada Porsche Design akan diberikan kepada seorang pemenang bertuah semasa perayaan ulang tahun pada Ogos depan.

    Mula ditubuhkan pada 1997, QAF Eurokars sehingga hari ini, telah memenuhi minat dan keterujaan para penggemar di Brunei kepada sukan bermotor serta kereta lumba.

    Lahiru memperkenalkan 911 GT3 pada majlis yang berlangsung di Porsche Centre Brunei.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...