Saturday, August 13, 2022
24 C
Brunei

Porsche 911 GT3 RS dilancar 17 Ogos

-

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OGOS – Para penggemar kereta sport berprestasi tinggi jenama Porsche bakal berpeluang menyaksikan kereta terbaharu dalam barisan 911 iaitu 911 GT3 RS yang akan diperkenalkan di serata dunia secara langsung melalui siaran dalam talian pada 17 Ogos.

Pembangunan kereta sport berprestasi tinggi, 911 GT3 RS, diilhamkan daripada kejayaan barisan kereta sport 911 RSR dan 911 GT3 R GT.

Pengarah Barisan Model GT, Andreas Preuninger menerangkan bahawa 911 GT3 RS terbaharu adalah lebih dioptimumkan untuk kegunaan di atas trek berbanding model terdahulu.

Ia juga lebih responsif serta mempunyai enjin berkuasa tinggi, high-revving four-litre, six-cylinder boxer, yang menjana kira-kira 500 PS yang terbukti bagi kegunaan di litar dan pada acara lumba kelab.

Pengenalan perdana dunia, Porsche 911 GT3 RS akan disiarkan secara dalam talian pada pukul 5 petang EST. Video pengenalan itu juga dapat disaksikan selepas acara berkenaan.

Pelancaran Porsche 911 GT3 RS akan disiarkan secara langsung secara dalam talian pada 17 Ogos. – Gambar serahan Porsche
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

DXY disekat kritik rawatan herba COVID

BEIJING, 11 OGOS – Sebuah laman web perubatan China yang popular telah ditapis oleh pihak berkuasa kerana 'melanggar undang-undang dan peraturan yang berkaitan', beberapa...
- Advertisment -