Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Porsche 911 Sport Classic kembalikan gaya 60an

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar serahan Porsche Brunei

    STUTTGART – 911 Sport Classic baharu merupakan model kedua daripada empat collector’s items yang diperkenalkan oleh Porsche daripada strategi Heritage Design.

    Sebanyak 1,250 contoh model edisi terhad oleh Porsche Exclusive Manufaktur akan menghidupkan semula gaya tahun 1960an dan awal 1970an.

    Seperti pendahulunya yang terdekat, 911 Sport Classic berasaskan 997 yang dipersembahkan pada tahun 2009, penampilan model tersebut diinspirasikan oleh 911 asal (1964 – 1973) dan 911 Carrera RS 2.7 tahun 1972.

    “Model Heritage Design mewakili konsep strategi produk Porsche yang paling emosional,” kata Naib Presiden Individualisasi dan Klasik, Alexander Fabig.

    “Pendekatan unik ini melihat hasil kerjasama jabatan reka bentuk Style Porsche dengan Porsche Exclusive Manufaktur untuk mentafsir semula model dan peralatan ikonik 911 dari tahun 1950an hingga 1980an dan untuk menghidupkan semula ciri reka bentuk dari dekad-dekad tersebut.”

    Porsche melancarkan empat model edisi terhad dalam jangka yang panjang. Model pertama dipersembahkan pada tahun 2020 iaitu 911 Targa 4S Heritage Design Edition dengan elemen reka bentuk dari 1950an dan 1960an.

    Porsche Design juga telah mencipta kronograf berkualiti tinggi yang tersedia secara eksklusif untuk pemandu yang membeli kenderaan edisi pengumpul ini. Jam tangan ini mengambil banyak butiran daripada reka bentuk 911 Sport Classic yang baharu. Sebagai sebahagian daripada pakej Heritage Design Classic, elemen dalaman terpilih 911 Sport Classic baharu juga akan tersedia untuk kebanyakan model 911 terkini.

    911 Sport Classic baharu ialah kenderaan pertama yang menampilkan cat Sport Grey Metallic.
    Di bahagian dalam, corak Pepita yang ikonik boleh ditemui pada panel pintu dan pusat tempat duduk.
    Porsche Design juga telah mencipta kronograf berkualiti tinggi yang tersedia secara eksklusif untuk pemandu yang membeli kenderaan edisi pengumpul ini.
    Porsche 911 Sport Classic dan Porsche 911 Targa 4S Heritage Design Edition.

    Mentafsir semula elemen reka bentuk sejarah

    Badan lebar dengan spoiler belakang yang dikhaskan untuk model 911 Turbo tetap dalam gaya legenda ducktail Carrera RS 2.7 dan bumbung double-bubble menggariskan keistimewaan 911 Sport Classic baharu.

    Seperti 911 Sport Classic generasi 997 yang pertama dilancarkan pada 2009, pereka bentuk telah diilhamkan oleh cat Fashion Grey dari Porsche 356 awal ketika memilih kemasan cat eksklusif untuk model edisi terhad baharu.

    “911 Sport Classic baharu ialah kenderaan pertama yang menampilkan cat Sport Grey Metallic,” kata Naib Presiden Style Porsche, Michael Mauer.

    “Warna kelabu tidak pernah membosankan, agak kerap menjadi kenyataan dan sentiasa menarik.”

    Sebagai alternatif kepada kemasan Sport Grey Metallic yang eksklusif, 911 Sport Classic baharu juga tersedia dalam warna Solid Black, Agate Grey Metallic, Gentian Blue Metallic atau Paint to Sample.

    Jalur berkembar dicat pada bonet, bumbung dan spoiler belakang dengan warna Sport Grey menekankan reka bentuk sporty kereta itu.

    Di bahagian dalam, corak Pepita yang ikonik boleh ditemui pada panel pintu dan pusat tempat duduk, manakala upholsteri kulit separa anilin dua warna dalam Cognac Hitam/Klasik memberikan kontras yang elegan dengan warna luaran.

    550 PS untuk 911 manual yang paling berkuasa

    Konsep powertrain adalah sama unik, enjin 3.7 liter, twin-turbo flat-six mentransmisikan 405 kW (550 PS) melalui roda belakang sahaja. Digabungkan dengan kotak gear manual tujuh kelajuan, 911 Sport Classic baharu adalah 911 manual paling berkuasa yang ada hari ini.

    Kotak gear tersebut mempunyai fungsi auto-blip yang mengimbangi perbezaan kelajuan enjin antara gear dengan putaran singkat apabila menukar ke gear rendah. Sistem ekzos sport standard disesuaikan khas untuk model bagi pengalaman bunyi yang lebih emotif.

    Suspensi, berdasarkan model 911 Turbo dan 911 GTS, memenuhi keperluan prestasi tinggi berkat Porsche Active Suspension Management (PASM) standard, penyerap hentaknya bertindak balas terhadap perubahan dinamik dengan sepintas kilat. PASM digabungkan sebagai standard dengan suspensi sport, menampilkan ketinggian tunggangan 10 milimeter lebih rendah.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...