Monday, November 28, 2022
23.1 C
Brunei

-

Porsche akan bersaing dalam Formula E

STUTTGART, 30 Julai – Bermula 2019 pasukan kerja Porsche akan bersaing dalam Formula E. Ekoran itu syarikat itu akan menamatkan penglibatannya dalam kelas LMP1 Kejohanan FIA World Endurance (WEC) pada akhir musim 2017.

Porsche mengekalkan fokusnya pada perlumbaan antarabangsa GT dan akan menumpukan strategik sukan motornya dengan menggunakan 911 RSR dalam kelas GT FIA WEC, dengan tumpuan pada 24 Hours Le Mans dan juga American IMSA WeatherTech SportsCar Championship dan klasik-klasik jarak jauh lain.

Penjajaran semula sukan motor ini terbit dari hala yang ditetapkan bagi syarikat ini dalam Strategi Porsche 2025 yang akan menyaksikan Porsche membentuk kombinasi kenderaan asli GT dan kereta sukan elektrik sepenuhnya, seperti kereta Mission E.

“Memasuki Formula E dan mencapai kejayaan dalam kategori ini adalah hasil logik Mision E kami. Kebebasan meningkat bagi perkembangan teknologi dalam menjadikan Formula E menarik bagi kami,” ujar Michael Steiner, Anggota Lembaga Eksekutif bagi Penyelidikan dan Pembangunan di Porsche AG.

Pada waktu yang sama, Porsche menambah komitmennya dalam kelas GT.

Michael Steiner (kanan) bergambar bersama CEO formula E, Alejandro Agag (tengah) dan Oliver Blume.
Michael Steiner (kanan) bergambar bersama CEO formula E, Alejandro Agag (tengah) dan Oliver Blume.

Selepas kejayaan empat tahun berturut-turut, tiga kemenangan berturut-turut di 24 Hourse Le Mans dan gelaran Kejohanan Dunia dalam klasifikasi pasukan dan pemandu dalam tahun 2015 dan 2016, Porsche akan meninggalkan kelas LMP1.

Fritz Enzinger, Naib Presiden LMP1 dan orang penting dalam pengembalian Porsche ke sukan bermotor peringkat tertinggi pada tahun 2014, berkata “Membina pasukan Le Mans dari bawah adalah cabaran besar. Dalam tempoh bertahun-tahun, kami telah mengembangkan pasukan profesional dan yang berjaya. Ini akan menjadi asas kami mengorak langkah ke hadapan. Saya pasti kami akan mengekalkan peringkat tinggi dalam Formula E. Keyakinan tinggi, dan kami seronok untuk memulakannya.”

Porsche akan mengekalkan pasukan berjaya LMP1 termasuklah pemandu-pemandu. Selain dari usaha dalam siri-siri perlumbaan lain dan persiapan intensif bagi Formula E, Porsche sedang meneliti bidang-bidang lapangan penumpuan dan pembangunan.

Artikel sebelum iniPadah memalsukan dokumen
Artikel seterusnyaWarisan kuih tradisi
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Selatan lancar bas pandu sendiri

SEOUL, 25 NOV – Ibu negara Korea Selatan melancarkan laluan bas pandu sendiri pertama hari ini, sebahagian daripada uji kaji yang dikatakan jurutera berhasrat...
- Advertisment -