Thursday, February 13, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Porsche catat permulaan 2017 memberangsangkan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 April – Porsche AG telah mencatatkan permulaan yang kukuh bagi tahun 2017 dengan pencapaian penghantaran kira-kira 60,000 kenderaan kepada para pelanggan di seluruh dunia pada suku pertama.

    Dalam kenyataannya hari ini, jumlah kenderaan yang dihantar kepada pelanggan pada tempoh yang sama pada tahun sebelumnya telah meningkat sekitar 7 peratus dan ini menunjukkan satu pencapaian suku pertama yang terbaik dalam sejarah.

    Pemacu pertumbuhan terdiri daripada China dan pasaran utama syarikat Jerman, di samping model Panamera dan Macan, yang kedua-duanya menyaksikan pertumbuhan dua angka.

    “Porsche telah membuat permulaan yang berjaya dengan Panamera baru – trend ini kini perlu diteruskan sepanjang tahun ini,” kata Ahli Lembaga Eksekutif yang bertanggungjawab bagi Jualan dan Pemasaran di Porsche AG, Detlev von Platen.

    Porsche telah memperkenalkan tiga model baru di Geneva Motor Show: iaitu Panamera Sport Turismo baru, Panamera Turbo S E-Hybrid dan 911 GT3.

    Pelancaran pasaran bagi 911 GT3 baru akan berlangsung pada bulan Mei, diikuti dengan S E-Hybrid pada bulan Julai dan Panamera Sport Turismo pada bulan Oktober.

    Pada suku pertama 2017, China sekali lagi merupakan pasaran individu paling tinggi.

    Dengan sejumlah 18,126 kenderaan yang dihantar, pasaran China telah melebihi hasil tahun lepas sebanyak 10 peratus.

    Manakala di Eropah, syarikat itu telah menghantar sebanyak 19,084 unit iaitu meningkat sebanyak 7 peratus.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda