Wednesday, February 1, 2023
32.3 C
Brunei

-

Porsche catat rekod memberangsangkan

STUTTGART, 13 Julai – Porsche mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan dalam enam bulan pertama tahun ini dengan pengeluaran 126,497 kenderaan di seluruh dunia, di mana ia melebihi rekod yang dicatatkan dari tahun sebelumnya sebanyak tujuh peratus pada separuh pertama 2017.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini, modul Macan masih menjadi pemacu utama dalam pertumbuhan ini, di mana pengeluar kereta sukan itu tidak pernah mencatatkan rekod seumpamanya itu dalam tempoh enam bulan pertama.

Sementara itu, Panamera terbaru juga telah mencapai pertumbuhan peratusan memberangsang dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, dengan penjualan yang meningkat sebanyak 54 peratus.

China telah menetapkan dirinya sebagai pasaran tunggal terbesar, dengan kenaikan ketara sebanyak 18 peratus kepada 35,864 kenderaan.

Modul Macan masih menjadi pemacu utama dalam pertumbuhan ini, di mana pengeluar kereta sukan itu tidak pernah mencatatkan rekod seumpamanya itu dalam tempoh enam bulan pertama.
Modul Macan masih menjadi pemacu utama dalam pertumbuhan ini, di mana pengeluar kereta sukan itu tidak pernah mencatatkan rekod seumpamanya itu dalam tempoh enam bulan pertama.

Menurut Ahli Lembaga Eksekutif yang bertanggungjawab untuk Jualan dan Pemasaran, Detlev von Platen, rekod tersebut membuktikan bahawa Panamera baru telah menyediakan Porsche dengan rangsangan yang besar.

“Produk yang sangat menarik dan pengalaman jenama unik yang ditawarkan Porsche adalah asas kejayaan kami,” Platen menambah.

Di samping Panamera, Macan mencatatkan pertumbuhan dua angka pada separuh pertama 2017 dengan pengeluaran SUV sporty yang meningkat sebanyak 11 peratus, mencecah 50,000 kenderaan.

Sementara bagi model 718 Cayman, Boxster dan Cayenne juga menunjukkan peningkatan. Cayenne adalah barisan model Porsche yang paling popular kedua dengan pengeluaran sebanyak 35,601 kenderaan.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korban bom masjid meningkat lebih 90

PESHAWAR, PAKISTAN, 31 JAN – Pengeboman berani mati yang berlaku di masjid dalam ibu pejabat polis daerah Peshawar dan kawasan kerajaan di barat laut...
- Advertisment -