Tuesday, November 29, 2022
25.2 C
Brunei

-

Porsche disenaraikan di bursa Frankfurt

FRANKFURT, 29 SEPT – Pembuat kereta sport mewah Porsche disenaraikan di bursa saham Frankfurt hari ini dengan penyenaraian terbesar di Eropah, menggunakan pengaruh jenamanya untuk meredakan krisis pasaran global.

Saham Porsche meningkat kepada lebih 84.70 euro (AS$81.90) dalam perniagaan pagi, mengatasi harga 82.50 euro yang ditetapkan oleh syarikat induk Volkswagen, dan mencatat prestasi lebih baik di pasaran Frankfurt.

Walaupun ketika pasaran di seluruh dunia terjejas akibat inflasi dan kebimbangan kemelesetan, pengeluar kereta sport 911 itu telah meneruskan dengan pengapungan yang memberikan Porsche nilai pasaran berjumlah lebih 76 bilion euro.

Ketua pengeluar kereta Oliver Blume berkata penyenaraian ‘merupakan saat bersejarah bagi Porsche’, ketika beliau membunyikan loceng untuk menandakan bermulanya perniagaan di bursa Frankfurt.

“Hari yang membanggakan bagi kami semua…Kami akan menambah satu bad baharu kepada sejarah unik Porsche,” tambah Blume, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan kereta Jerman Volkswagen.

Volkswagen dijangka mengumpul 9.4 bilion euro (AS$9.2 bilion) daripada penyenaraian itu, dengan sesetengah saham akan disalurkan kepada pengeluaran kenderaan elektrik yang bakal menyaksikan persaingan yang lebih sengit daripada pesaing AS Tesla.

Dari segi nilai saham yang dikeluarkan, Porsche adalah penyenaraian pasaran saham terbesar di Jerman sejak Deutsche Telekom pada 1996, dan yang terbesar di Eropah sejak pengapungan syarikat komodiri Switzerland Glencore pada 2011.

Ia juga telah menarik minat daripada pelabur utama, termasuk dana pelaburan awam Qatar dan Abu Dhabi, dana kekayaan Norway dan firma pengurusan aset AS T. Rowe Price.

Tawaran awam tersebut telah menyaksikan 113.9 juta saham ‘Porsche AG’ diterbitkan. – AFP

Barisan kereta Porsche dipamerkan di depan bangunan bursa saham pada permulaan penyenaraian Porsche di Frankfurt, Jerman, kelmarin. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Taliban Pakistan tamat gencatan senjata

ISLAMABAD, 28 NOV – Taliban Pakistan berkata hari ini mereka telah membatalkan gencatan senjata goyah yang dipersetujui dengan kerajaan pada Jun lalu dan mengarahkan...
- Advertisment -