Thursday, February 20, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Porsche Panamera 4S lebih bergaya

    Oleh Pg Fairol RMF

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 April – QAF Eurokars, pengedar rasmi Porsche di Negara Brunei Darussalam malam tadi memperkenalkan Porsche Panamera generasi kedua ‘Panamera 4S’.

    Lebih 500 jemputan termasuk wakil media dijemput bagi menyaksikan pelancaran Porsche Panamera 4S kelmarin yang dihiburkan dengan persembahan nyanyian dan muzik sambil menandatangani kehadiran di papan khas dan menerima cenderahati serta jamuan ringan daripada pihak penganjur.

    Pengurus Besar QAF Eurokars Sdn Bhd, Clement Chong berkata, kereta baru itu menggabungkan dua ciri berbeza iaitu prestasi kereta sport sebenar dan keselesaan saloon mewah.

    “Panamera menjadi model Porsche yang paling dinantikan dan kereta baharu ini menjadi penanda aras baru dari segi fungsi dan reka bentuk,” katanya kepada wartawan semasa majlis pelancaran kereta itu, di sini, kelmarin.

    Pada pameran itu, Ketua Pegawai Eksekutif QAF Brunei Sdn Bhd, Albert Lau turut mengambil peluang untuk memasuki ruang kereta diikuti para jemputan yang lain.

    Albert Lau bergambar bersama dua pelanggan bertuah Calista Gumatay (kiri) dan Pengiran Haji Ismail (dua kanan) yang memenangi hadiah berupa tiket pengalaman memandu Porsche di Litar Lumba Sepang, Malaysia.
    Albert Lau bergambar bersama dua pelanggan bertuah Calista Gumatay (kiri) dan Pengiran Haji Ismail (dua kanan) yang memenangi hadiah berupa tiket pengalaman memandu Porsche di Litar Lumba Sepang, Malaysia.
    Ketika Porsche Panamera 4S diperkenalkan.
    Ketika Porsche Panamera 4S diperkenalkan.

    Para jemputan merasakan sendiri ruang dalam kereta Porsche Panamera 4S.
    Para jemputan merasakan sendiri ruang dalam kereta Porsche Panamera 4S.
    Antara yang hadir pada majlis pelancaran itu.
    Antara yang hadir pada majlis pelancaran itu.

    Panamera 4S merupakan kereta sport empat pintu dengan gabungan kereta saloon yang terkenal dengan prestasi tinggi dalam kelas mewah.

    Dari segi rekaannya, ia mempunyai bentuk badan agak berbeza dengan Panamera generasi pertama terutama daripada bentuk sisi yang lebih lebar, perkadaran dinamik, bahu lebar dan spoiler belakang automatik.

    Wajah depan 4S hampir tidak begitu berbeza dengan model terdahulu dan masih dilengkapi lampu depan Quad LED Headlamp.

    Porsche Panamera 4S dilengkapi enjin petrol 2.9 liter V6 Turbo berkembar dengan kekuatan 324 kW dan mampu menghasilkan kuasa sehingga 440 kuasa kuda.

    Sempena pelancaran itu, dua pelanggan bertuah memenangi hadiah berupa tiket pengalaman memandu Porsche di Litar Lumba Sepang, Malaysia iaitu Calista Gumatay dan Pengiran Haji Ismail bin Pengiran Haji Apong disampaikan oleh Albert Lau.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda