Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Porsche perkasa pemandu wanita

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JUN – Bersempena sambutan Hari Pemandu Wanita Antarabangsa, Porsche Brunei telah menganjurkan acara pemanduan khas untuk pemilik kenderaan Porsche wanita, baru-baru ini.

    Lebih 30 wanita dengan kereta Porsche masing-masing telah berkumpul di Porsche Centre Brunei untuk pemanduan berkonvoi dari Bandar Seri Begawan ke Abode Resort & Spa di Daerah Temburong.

    Acara bermula dengan taklimat keselamatan, meliputi topik mengenai mod pemanduan berbeza pada kereta pemilik dan ciri-ciri seperti Porsche Active Suspension Management (PASM) untuk meningkatkan kestabilan dan keselesaan.

    Di samping itu, para peserta juga berpeluang mengikuti bengkel defensive driving yang disampaikan oleh seorang jurulatih bertauliah, dengan tujuan mewujudkan pengalaman pemanduan yang lebih selamat dan menyeronokkan.

    Perjalanan konvoi sejauh 100 kilometer merentasi laluan Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien (SHOAS) itu turut diserikan dengan sesi yoga dan jamuan serta bersantai di Abode Resort & Spa sebelum meneruskan perjalanan balik ke Porsche Centre Brunei.

    Pemilik pemandu kereta Porsche wanita bergambar ramai sebelum memulakan perjalanan konvoi dari Bandar Seri Begawan ke Abode Resort & Spa di Daerah Temburong, baru-baru ini. – Gambar serahan Porsche Brunei

    Acara penuh santai berkenaan bermatlamat memperkasakan golongan pemilik kenderaan Porsche wanita dengan penglibatan yang aktif dan saksama apabila membabitkan pengalaman pemanduan.

    Pengurus Besar Porsche Brunei, Lahiru De Silva, berkata, “Kami amat memahami minat pemanduan yang mendalam dalam kalangan para pemilik kenderaan Porsche tanpa mengira jantina.

    Acara hari ini memberikan peluang kepada mereka untuk bersantai dan berinteraksi, sementara juga mengeratkan silaturahim bersama di samping bertukar-tukar pandangan serta berkongsi pengetahuan mengenai kenderaan mereka dan mempertingkat kemahiran pemanduan mereka pada masa depan.

    “Porsche Brunei amat komited untuk menawarkan pengalaman pemilikan yang unggul kepada semua pemilik Porsche tidak kira lelaki mahu pun wanita.”

    Hari Pemandu Wanita Antarabangsa meraikan dalam minat, pendapat dan pengalaman kaum wanita bersama kereta. Melaluinya, Porsche Brunei berhasrat untuk menggalakkan kaum hawa untuk terus menikmati pengalaman pemanduan menyeronokkan dengan kereta Porsche milik mereka.

    Untuk mengekalkan momentum berkenaan, Porsche Brunei merancang akan menganjurkan lebih banyak inisiatif sedemikian bagi memperkasakan dan memberi inspirasi kepada generasi wanita kini dan akan datang

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...