Saturday, April 20, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Porsche sokong ingati impian menerusi karya seni

    Oleh Salawati Haji Yahya

    SINGAPURA, 1 FEB – Porsche, jenama kereta sport yang ikonik, baru-baru ini, telah membawakan karya besar dinamakan ‘Ingat Impian Awda’, oleh artis Cyril Lancelin, ke The Promontory@Marina Bay, Singapura, bagi Minggu Seni Singapura dari 21 hingga 29 Januari lalu.

    Menurut kenyataan Porsche, karya Lancelin itu adalah karya pertama yang ditempah untuk The Art of Dreams, inisiatif seni global Porsche yang memperlihatkan motif impian melalui pelbagai karya seni interaktif di seluruh bandar utama di seluruh dunia.

    Kenyataan menjelaskan bahawa karya besar berukuran 10 x 12.4 x 7.6 meter itu membuatkan pengunjung terpukau dengan warna optimistik dan membawa mereka melalui struktur yang mengejutkan.

    Persekitaran di luar nyata itu membawa pengunjung keluar dari realiti harian dan mengingati impian mereka, kerana mengingatinya adalah langkah pertama untuk merealisasikan impian itu.

    Menurut Porsche, The Art of Dreams Singapore adalah kesinambungan kepada inisiatif berteraskan budaya baru-baru ini, yang meraikan semangat kreatif warga Singapura, sejajar dengan acara sebelumnya seperti SCOPES Driven by Porsche dan Dale Chihuly’s Glass in Bloom Taycan art car di Gardens by the Bay.

    Karya seni besar hasil Cyril Lancelin yang dipamerkan di Singapura. – Gambar serahan Porsche

    Pengurus Pengalaman Porsche dan Platform Baharu, Christian Lehwald dipetik berkata, “Porsche didorong oleh impian dan Singapura adalah hab global yang bertenaga untuk seni dan inovasi iaitu sebuah bandar bersinar yang direalisasikan oleh orang yang percaya dalam merealisasikan impian”.

    Katanya lagi, beliau membayangkan ‘Ingat Impian Awda’ sebagai sebuah arca untuk dihayati dan dialami oleh ramai orang.

    “Selepas dua tahun mencabar hidup dalam pandemik global, kami ingin meneruskan sambutan semangat kreatif di Asia Pasifik, dan menggalakkan semua orang mengingati impian mereka, untuk terus bermimpi.

    “Selepas berjaya melancarkan The Art of Dreams di Paris tahun lepas, kami sangat gembira untuk membawa inisiatif itu ke Asia,” kata Christian Lehwald.

    Selepas pameran pertama di Palais Galliera Musée de la mode de la Ville de Paris pada Oktober 2021, ‘Ingat Impian Awda’ membuat persinggahan pertama di luar Eropah di Singapura, bandar impian Asia.

    Porsche juga sedang membuat beberapa karya seni mengenai subjek impian sebagai sebahagian daripada pameran The Art of Dreams tersebut dengan tujuan untuk memberi inspirasi kepada orang ramai, menyampaikan keyakinan dan menyumbang kepada komuniti yang meriah.

    Siri pameran itu akan membuat penampilan di beberapa ibu kota kebudayaan dan perhentian seterusnya ialah pameran awam di Milan bertepatan dengan Salone del Mobile pada April 2022.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...