Porsche Taycan di Gardens by the bay

Oleh Syahmi Hassan
Gambar serahan QAF Aurokars

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JULAI – Gardens by the Bay, Singapura dihiasi dengan model Porsche, selaku rakan automotif rasmi untuk pameran Dale Chihuly: Glass in
Bloom.

Kerjasama tersebut adalah bahagian penting dalam komitmen berterusan syarikat berkenaan untuk menyatukan peminat yang berkongsi penghargaan terhadap kreativiti, memberi platform kepada pelanggan dan pengunjung baharu untuk memahami seni kereta sport di luar batasan keinginan bagi kepantasan yang konvensional.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, QAF Eurokars, di sini, menjadi tumpuan sebagai sebahagian daripada perkongsian berkenaan adalah kereta seni Taycan, yang menampilkan elemen-elemen daripada siri ‘Persian’ yang memenangi anugerah.

Ditampilkan dengan latar belakang futuristik SG50 Lattice di South Garden, Bay berkenaan, pameran eksklusif berkenaan menyerlahkan emosi, sejarah dan inovasi.

Pameran berlangsung selama dua minggu dan berakhir kelmarin itu menyaksikan para jemputan diberikan peluang memandu uji Porsche Taycan, kereta elektrik sepenuhnya, di sekitar oasis hortikultur yang berwarna-warni di tengah-tengah Singapura.

Kenyataan menjelaskan, sejurus pelancaran global pada Januari lalu, varian keempat dan peringkat permulaan model Taycan berkenaan akan membuat debut rasmi pada pengalaman pemanduan bersepadu.

Ketua Pegawai Eksekutif Porsche Asia Pasifik, Arthur Willmann dipetik sebagai berkata, “Kerjasama kami dengan Dale Chihuly: Glass in Bloom sangat sesuai untuk Taycan yang pemurni, kerana kedua-duanya menyelaraskan seni dan reka bentuk dengan pertukangan, dan inovasi dengan tradisi.

“Ini adalah simbol yang jelas daripada komitmen jenama kami untuk merintis projek-projek yang mengongsikan apa yang Porsche harapkan sementara kami berkembang dan membesar di Asia Tenggara,” tambah beliau.

Model Porsche Taycan yang ditampilkan pada pameran Dale Chihuly: Glass in Bloom di Gardens by the Bay, Singapura.
Sepanjang pameran dua minggu itu, pengunjung berpeluang membuat pandu uji Porsche Taycan berkenaan.