Porto Julang trofi liga Portugal ke-29

LISBON, 16 JULAI – Porto merangkul gelaran juara Liga Perdana Portugal ke-29 mereka semalam dengan berbaki dua perlawanan lagi setelah menang 2-0 ke atas Sporting Lisbon.

Pasukan kendalian Sergio Conceicao masuk ke dalam perlawanan hanya memerlukan satu mata untuk memenangi gelaran liga kerana memiliki kelebihan jurang mata yang jauh lebih banyak di puncak liga berbanding Benfica di tempat kedua.

Kejuaraan itu memastikan mereka memenangi liga dengan bergaya, lapan mata mendahului juara musim lalu Benfica yang telah memenangi 37 gelaran liga.

Porto telah mendahului Benfica dengan hanya satu mata ketika kempen kembali semula setelah penutupannya akibat COVID-19 bulan lalu, tetapi musuh tradisi mereka telah goyah dan menggantikan Bruno Lage sebagai pengurus untuk mempertahankan gelaran mereka yang sudah sukar digapai.

Pasukan tuan rumah memulakan perlawanan sedikit cemas di Stadium Estadio do Dragao, ketika penyerang Sporting, Andraz Sporar menyaksikan jaringannya dibatalkan oleh VAR kerana ofsaid pada minit pertama perlawanan.

Pasukan FC Porto meraikan kemenangan gelaran Liga Perdana Portugal ke-29 selepas perlawanan Liga Portugal antara FC Porto dan Sporting Portugal di Stadium Dragao di Porto semalam. – AFP

Pemain tengah Danilo Pereira telah menjaringkan gol liga keduanya musim ini pada minit ke-64, membawa Porto mendahului perlawanan di separuh masa pertama.

Penyerang antarabangsa Mali, Moussa Marega menambah jaringan kedua pasukannya pada masa kecederaan dan juga merupakan gol ke-11nya dalam kempen musim ini.

Porto, Benfica dan Sporting telah memenangi gelaran liga Portugal setiap tahun di antara mereka sejak musim perdana bermul pada tahun 1934-35.

Tetapi Benfica telah mendominasi dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan ini merupakan kemenangan kedua Porto sejak 2013 dan tunduk pada pada musim 2017-18.

Sporting, yang berada di kedudukan ketiga berada sangat jauh musim ini, tidak menjulang trofi sejak 2002. – AFP