Thursday, December 7, 2023
23.5 C
Brunei

    -

    Portugal catat rekod 100 peratus

    PARIS, 20 NOV – Portugal menamatkan kempen kelayakan Euro 2024 mereka dengan rekod 100 peratus selepas menewaskan Iceland 2-0 semalam, manakala Serbia menempah tempat ke pusingan akhir tahun depan di Jerman dan Romelu Lukaku menjaringkan empat gol untuk Belgium.

    Bruno Fernandes dan Ricardo Horta meledak gol untuk skuad kendalian Roberto Martinez, dengan Cristiano Ronaldo tiada dalam senarai penjaring, berakhir dengan 10 kemenangan daripada 10 perlawanan dalam Kumpulan J.

    Juara edisi 2016 itu antara pasukan pilihan untuk memenangi kejuaraan kali ini yang bakal menjadi penampilan terakhir Cristiano Ronaldo yang kini berusia 38 tahun.

    Slovakia menamatkan saingan lapan mata di belakang Portugal untuk menghuni tempat kedua selepas kemenangan 2-1 ke atas Bosnia dan Herzegovina di Zenica.

    Luxembourg, yang akan menyertai pusingan play-off, ketinggalan lima mata di belakang Slovakia selepas kemenangan 1-0 di Liechtenstein.

    Sebelum itu, Serbia turut layak buat pertama kali sebagai negara merdeka, selepas empat kali gagal melakukannya, dengan keputusan 2-2 menentang Bulgaria, pada awal pagi tadi.
    Serbia menamatkan saingan Kumpulan G di tempat kedua di belakang Hungary, yang memusnahkan impian Montenegro untuk layak dengan menewaskan mereka 3-1 di Budapest.

    “Para pemain menunjukkan mentaliti yang tidak mudah putus asa, percaya pada diri sendiri,” kata jurulatih Serbia, Dragan Stojkovic. – AFP

    Ronaldo beraksi semasa perlawanan kelayakan Euro 2024 di Stadium Alvalade di Lisbon, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Empat Rohingya terbunuh di Bangladesh

    BANGLADESH, 6 DIS – Empat orang pelarian Rohingya terbunuh dalam kejadian tembak-menembak antara dua kumpulan pemberontak di kem pelarian Bangladesh, kata polis hari ini. Bangladesh...