Portugal tenang lepasi ujian di Baku

BAKU, 8 SEPT – Portugal berjaya mencatat kemenangan 3-0 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Azerbaijan semalam sekali gus meletakkan kedudukan mereka di puncak Kumpulan A, namun mereka masih belum mengesahkan kelayakan secara automatik.

Portugal mempunyai kelebihan dua mata ke atas Serbia, yang kecewa selepas jaringan sendiri memberikan pasukan tuan rumah, Republik Ireland berjaya mengutip satu mata setelah terikat seri 1-1.

Portugal tanpa kelibat pemain bintang mereka, Cristiano Ronaldo, yang digantungkan, dan Bernardo Silva membuka jaringan pada minit ke-26 sebelum Andre Silva menggandakan kedudukan lima minit kemudian.

Penyerang Liverpool, Diogo Jota melengkapkan kemenangan pada separuh masa kedua menerusi tandukan.

Rekrut terbaharu Manchester United, Ronaldo, yang menjadi penjaring terbanyak di peringkat antarabangsa selepas menjaringkan dua gol ketika menentang Republik Ireland minggu lalu, digantungkan setelah menerima kad kuning kedua semasa kempen kelayakan kerana membuka bajunya sewaktu meraikan gol dalam perlawanan tersebut.

Portugal akan bertemu Luxembourg dalam perlawanan seterusnya pada 12 Oktober nanti. – AFP

Reaksi Diogo Jota meraikan gol selepas mengesahkan kemenangan Portugal sewaktu menentang Azerbaijan di Baku, semalam. – AP