Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Pos Malaysia lancar setem NFT pertama

    KUALA LUMPUR, 8 SEPT – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) melancarkan setem token tidak sepiawai (NFT) pertamanya untuk pengumpul, sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022.

    Setem NFT edisi terhad itu boleh ditebus secara percuma dengan setiap pembelian set folder setem #Empatbelas Setem Ku edisi khas sebanyak 3,000 set, pada harga RM59 setiap satu.

    Dihasilkan melalui kerjasama Pos Malaysia dan jenama runcit tempatan APOM, setiap folder setem menawarkan satu helaian setem fizikal mengandungi 14 setem dan setiap satunya direka oleh pereka yang mewakili setiap negeri di Malaysia, mempamerkan keunikan, budaya dan kebanggaan negeri-negeri berkenaan.

    Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Charles Brewer berkata beliau berbesar hati bekerjasama dengan APOM dalam projek berkenaan bersama-sama 14 pereka berbakat besar. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...