KUALA LUMPUR, 5 FEB – Pos Malaysia Bhd (Pos Malaysia) sedang bersiap sedia untuk melaksanakan transformasi dan menumpukan fokusnya kepada lonjakan ekonomi digital.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Syed Md Najib Syed Md Noor, berkata syarikat itu menjangkakan peralihan pantas kepada saluran elektronik dan digital dan membayangkan hasrat untuk melepaskan bentuk komunikasi tradisional dan berasaskan surat.
“Pendigitalan adalah pembuka jalan bagi Pos Malaysia untuk mentransformasikan sistem pos sedia ada, yang memudahkan perniagaan untuk menyesuaikan diri agar terus kekal relevan dalam industri ketika dunia bergerak ke arah Revolusi Perindustrian 4.0,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – Bernama




























