BANDAR SERI BEGAWAN, 21 MEI – Susulan mesej tular menerusi media sosial semalam mengenai seorang individu yang disyaki positif COVID-19 di sebuah bangunan apartmen di Daerah Belait, Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan bahawa individu terbabit telah dimasukkan ke Pusat Pengasingan Kebangsaan setelah ujian awal didapati positif SARS-CoV-2, kelmarin, 20 Mei.