Poskad bawa mesej selimuti tanah putih Alpine

ALETSCH GLACIER – Kanak-kanak dari seluruh dunia melahirkan kebimbangan mereka mengenai pemanasan global dengan sama-sama bergabung bagi membuat apa yang dikatakan oleh pihak penganjur

sebagai poskad terbesar di dunia dan diletakkan di kawasan glasier di kawasan pergunungan Alpen Swiss.

Bermatlamat untuk menyampaikan mesej harapan dan komitmen, poskad terbesar itu mengandungi lebih daripada 125,000 kad pos berwarna-warni bersama dengan tulisan tangan dari kanak-kanak di seluruh dunia yang telah melukis glasier di Switzerland sekali gus mencipta satu paparan pos kad gergasi yang berukuran separuh saiz padang bola sepak.

Selain itu, poskad ini bertujuan untuk menyeru bantuan dan pertolongan di mana kad-kad ini didatangkan dari New Orleans ke Hong Kong, dari sub-Sahara Afrika ke India, menjelang persidangan iklim pertubuhan bangsa-bangsa bersatu yang akan datang ke Poland pada bulan depan.

Agensi pembangunan dan kerjasama Switzerland serta rakan-rakan kongsi telah meletakkan kad-kad pos itu baru-baru ini di atas glasier Aletsch yang semakin terancam. Glasier Aletsch terkenal dengan dataran yang panjang dan paling dalam di kawasan pergunungan Alps dan kini berada dalam situasi kronik berikutan ais yang semakin mencair dan dijangka akan berterusan sehinggalah akhir abad ini, jika trend pemanasan global belum ditangani dengan baik.

Agensi pembangunan dan kerjasama Switzerland serta rakan-rakan kongsi telah meletakkan poskad-poskad itu baru-baru ini di atas glasier Aletsch yang semakin terancam. – AP

Terpelihara di bawah jaring dan pengapit serta dibungkus dengan menggunakan plastik, poskad ini terlindung dari terkena ais dan juga salji yang sejuk. – AP

Terkenal di Switzerland

Penganjur berkata bahawa poskad individu itu dihantar ke kawasan tinggi sekitar 3,400 meter berhampiran dengan Jungfraujoch yang terkenal di Switzerland malah poskad terbanyak dunia ini juga bermatlamat untuk mendapatkan World Guinness Record bagi sumbangan poskad terbanyak.

Walau bagaimanapun, Guinness mengatakan bahawa percubaan itu belum lagi didaftarkan. Rekod masa ini dicatatkan adalah sebanyak 16,000 poskad.

Terpelihara di bawah jaring dan pengapit serta dibungkus dengan menggunakan plastik, poskad-poskad ini terlindung dari terkena ais dan juga salji yang sejuk. Ia memberikan pesanan dan kesedaran bagi sama-sama menangani masalah perubahan iklim serta membantu alam sekitar.

Ia juga bertujuan untuk mengehadkan penggunaan air, berjanji untuk lebih menggunakan pengangkutan awam atau mengitar semula barangan lama sebelum membeli barangan baharu dalam kalangan mereka yang menghantar poskad ini.

“Mereka meminta kami dan para pemimpin untuk segera mengambil tindakan memelihara muka bumi agar ia mempunyai masa depan yang lebih cerah dan terjamin,” kata Oceane Dayer, pengasas muda Switzerland untuk perubahan iklim.

Kesan perubahan iklim

Berikutan kesan perubahan iklim yang teruk terhadap muka bumi, penganjur mengira jejak karbon dioksida hasil daripada menghantar terlalu banyak poskad, melalui misi diplomatik pos Swiss dan bersedia untuk menggandakan lagi imbangan atau pampasan kerananya.

Sebuah dron yang dilengkapi dengan kamera diterbangkan di atas kawasan poskad itu diletakkan yang disinari oleh cahaya matahari yang cerah dengan berlatarbelakangkan gunung tinggi yang memutih dan menakjubkan.

Di atas poskad yang banyak itu, terdapat perkataan ‘Hentikan Pemanasan Global’ dan ‘1.5 C’, kiasan terhadap matlamat untuk menjaga pemanasan global di bawah 1.5 darjah Celsius (2.7 darjah Fahrenheit).

Pihak penganjur bercita-cita untuk melancarkan gerakan pemuda perubahan iklim global bagi memasuki konvensyen rangka kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Perubahan iklim di Katowice, Poland, juga turut dikenali sebagai COP24 dan akan turut dibincangkan pada bulan depan dalam sidang perubahan iklim itu nanti.

Pihak penganjur turut merancang untuk menggunakan gambar halaman pos gergasi untuk membuat tapak poskad itu agar ia kelihatan lebih baik dan sempurna. – AP