Tuesday, November 28, 2023
25.3 C
Brunei

    -

    Post Malone buat konsert pertama di Seoul

    Kemunculan Post Malone menerusi konsert pertamanya di Seoul, Korea Selatan pada malam Sabtu mencuri perhatian apabila penyanyi itu tampil mengenakan kemeja T rasmi kumpulan Blackpink.

    Post atau Austin Richard Post, 28, memakai kemeja T berkenaan dipercayai sebagai menunjukkan rasa hormat terhadap peminat dan Blackpink yang menjadi antara selebriti dari Korea Selatan yang popular di seluruh dunia.

    Penyanyi itu mengadakan persembahan pertamanya di Korea International Exhibition Center di Goyang, Seoul, kongsi mStar.

    Peminat turut melahirkan rasa teruja dengan penampilan Post dan menganggap penyanyi itu seorang yang merendah diri dan cuba menunjuk-kan rasa hormat terhadap bintang kesayangan masyarakat Korea itu.

    Malah ramai mengusik bahawa Post sebenarnya peminat Blackpink.

    “Blink Malone! Dia nampak kacak dalam baju berkenaan.

    “Tak sangka Post meminati Blackpink,” komen peminat.

    Bagaimanapun ramai terkejut dengan perubahan fizikal Post yang kelihatan kurus berbanding sebelum ini. – Agensi

    Post Malone mendapat perhatian apabila menyarungkan kemeja T Blackpink. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih dari 2 minggu, 41 pekerja terowong masih terperangkap

    NEW DELHI, 28 NOV - Pasukan penyelamat di India mula menggali secara manual kelmarin dengan harapan dapat mencapai 41 pekerja binaan yang terperangkap dalam...