Friday, December 1, 2023
24.9 C
Brunei

    -

    Potong lidah kerana ‘dewi’

    NEW DELHI, 11 SEPT – Seorang petani India dalam keadaan kritikal hari ini selepas memotong lidahnya sebagai tanda pengorbanan di sebuah kuil Hindu, kata polis.

    Tindakan lelaki berusia 40 tahun yang mencederakan diri sendiri menggunakan pisau lipat itu mencetuskan panik dalam kalangan orang ramai di kuil popular di negeri utara Uttar Pradesh, kelmarin.

    Pegawai penyiasat Abhilash Tiwari memberitahu AFP yang lelaki itu dan isterinya melakukan ritual sebelum dia mengeluarkan pisau, memotong lidahnya dan meletakkannya di pintu kuil.

    “Pegawai kami yang bertugas di kuil membawanya ke hospital dengan bantuan penganut lain,” kata Tiwari.

    Si isteri memberitahu polis yang suaminya ‘mengorbankan’ lidahnya untuk menenangkan seorang dewi tetapi tidak dapat menjelaskan lebih lanjut mengapa, tambah Tiwari. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Reaktor gabungan nuklear eksperimen Jepun dirasmikan

    TOKYO, 1 DIS - Reaktor gabungan nuklear eksperimen terbesar di dunia yang sedang beroperasi dirasmikan di Jepun hari ini, sebuah teknologi pada peringkat awal...