Friday, September 30, 2022
25.5 C
Brunei

Potongan cukai tarik pemandu beli kenderaan elektrik di AS

-

BRUSSELS, 11 OGOS – Kesatuan Eropah (EU) berkata hari ini ia ‘amat bimbang’ dengan tindakan Amerika Syarikat (AS) untuk memberikan pemandu kereta AS potongan cukai untuk membeli kenderaan elektrik, berkata ia bersifat diskriminasi kepada pengeluar kereta Eropah.

“Kami fikir ia bersifat diskriminasi, ia bersifat diskriminasi ter-hadap pengeluar asing berhubung dengan pengeluar AS. Dan sudah tentunya ia akan bermakna ia tidak sejajar dengan dasar Pertubuhan Perdagangan Sedunia, beritahu jurucakap Suruhanjaya Eropah, Miriam Garcia Ferrer, kepada wartawan.

Senat AS pada Ahad meluluskan rang undang-undang tenaga bersih dan iklim yang termasuk potongan cukai berjumlah AS$7,500 untuk setiap warga AS yang membeli kenderaan elektrik daripada kilang di Amerika Utara yang memasang bateri kenderaan elektrik buatan AS.

Brussels berkata ia merugikan syarikat bukan AS yang memperoleh sumber bateri kereta mereka di tempat lain. Eropah berhasrat merangsang pengeluaran bateri elektriknya sendiri ketika ia beralih kepada masa depan neutral iklim.

“Kesatuan Eropah amat bimbang dengan rang undang-undang perniagaan baharu ini yang sedang dibincangkan oleh AS,” kata Garcia Ferrer. Sementara ‘potongan cukai adalah insentif yang penting untuk merangsang permintaan kereta elektrik, kami perlu memastikan langkah tersebut bersifat adil,” kata beliau.

“Maka kami terus menggesa AS supaya membatalkan elemen diskriminasi berkenaan daripada rang undang-undang dan memastikan ia mematuhi sepenuhnya dasar WTO.” – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China: Tiada siapa berhak guna veto nasib rakyat Palestin

BEIJING, 29 SEPT - China menegaskan tiada siapa berhak menggunakan kuasa veto masing-masing dalam isu-isu mengenai masa depan dan nasib rakyat Palestin, lapor agensi...
- Advertisment -