ROM – Lukisan, permaidani dan lakaran dalam pameran hebat hasil karya bintang terkenal, Raphael, yang telah diinsuranskan secara keseluruhan dengan nilai 4 bilion euro (AS$4.4 bilion) daripada dicuri, dimusnahkan atau kerosakan lain.
Tiada nilai wang yang mampu menjamin keselamatan daripada penularan wabak koronavirus di Itali, yang terbesar di Eropah, tetapi pameran kesenian tahunan yang dinantikan tidak akan mengucar-ngacirkan pameran yang diadakan selama tiga bulan di Rom tersebut.
Rasa gelisah dapat dirasakan semasa pratonton pada hari Rabu lalu dengan kerajaan Itali semakin mengetatkan langkah-langkah keselamatan bagi membendung penularan wabak virus di mana pameran ‘Raffaello’ berkemungkinan akan dibatalkan, yang mana ia merupakan hari ulang tahun ke-500 kematian beliau.
Projek tersebut telah mengumpulkan 120 hasil karya Raphael, termasuk koleksi yang terdiri dari Ratu Elizabeth II kepada beberapa buah muzium yang berprestij di dunia. Diberi nama ‘Raffaello 1520-1483,’ pameran dibuka pada setiap hari Khamis di Scuderie del Quirinale, bekas kandang kuda dari kurun ke-18 yang telah diubahsuai menjadi sebuah palazzo yang elegan.
Ada sebab untuk tidak merasa gelisah kerana Itali telah mengarahkan kesemua sekolah dan universiti telah ditutup pada hari Rabu lalu dan menegah para penyokong daripada menghadiri kesemua acara sukan sehingga bulan hadapan bagi membendung penularan wabak berbahaya koronavirus yang berasal dari China. Setakat ini seramai 3,000 orang telah dijangkiti di Itali dan 107 telah disahkan meninggal.


Pada 6 April 1520, di kemuncak kegemilangan karier sebagai seorang pelukis dan arkitek di Rom, Raphael telah mening-gal dunia, pada hari jadinya yang ke-37 tahun, akibat demam yang dihadapinya selama lapan hari dan dikuburkan di sebuah kuil di Rom.
Kira-kira 40 buah lukisan dan lakaran didatangkan dari Uffizi Galleries di Florence, di mana ketua pengarah, Eike Schmidt, cuba untuk memampatkan kebimbangan mengenai melihat pameran tersebut. Beliau menekankan bahawa beliau mencadangkan supaya berdiri dalam jarak satu meter dari orang di tempat awam untuk mengurangkan risiko dijangkiti dan pembersih tangan akan disediakan dinding-dinding pameran.
Beliau telah ditemu duga di hadapan salah satu lukisan yang paling hebat, ‘Portrait of Pope Leone X’.
Lukisan tersebut menjalani proses yang teliti, pemulihan selama tiga tahun bagi meningkatkan warna topi merah dan tanjung paus, salah seorang dari penaung Raphael, dan jubah yang berwarna merah tua. Lukisan Raphael sungguh cantik dengan butiran yang terperinci dengan loceng yang berwarna perak berhampiran tangan kiri paus.
Di hadapan hasil ciptaan Raphael – termasuk lakaran percubaan yang sungguh cantik dengan lukisan yang berikutnya – para penonton akan dapat merasakan lukisan tersebut seperti memandang kita.
Schmidt melihat bahawa Michelangelo ‘sentiasa berminat dalam anatomi tubuh badan manusia,’ dan Leonardo da Vinci ‘berminat pada analisa saintifik dunia,’ Raphael berminat pada fizik penjaganya’ untuk potret. Raphael ingin menerokai ‘bagaimana ekspresi karakter manusia, jiwa melalui lukisan, di mana ia adalah sangat susah tetapi tidak mustahil.
Tetapi Schmidt menambah, yang mengelar Raphael dalam nama Itali “Jika ada sesiapa yang padat melakukannya, ia mesti Raffaello.”
Lukisan, yang menggunakan dakwat atau kapur yang berwarna merah atau hitam, memberikan contoh yang mencukupi untuk kejayaan Raphael dalam menerapkan lukisan manusia dengan emosi.
Dua buah potret Raphael telah memberi inspirasi mengenai wanita yang mengayakan diri untuk pelukis yang dikenali dengan kisah cintanya.
Yang pertama dikenali sebagai ‘Fornarina,’ atau anak kepada tukang buat roti, dikatakan dia sebagai perempuan simpanan dan dilukis pada tahun terakhir hayat beliau.
Jari pada tangan kanan kelihatan menuding ke arah tangannya yang terdedah dengan nama pelukis berdekatan adalah sebuah potret wanita yang dipanggil ‘La Velata’ atau perempuan bertutup.
Apabila COVID-19 merebak di Itali pada bulan lalu, lebih dari 70,000 keping tiket telah pun terjual bagi persembahan ‘Raffaello’.
Penganjur berkata ‘jumlah pelawat yang memasuki dewan akan dikawal’ untuk mengurangkan risiko pelawat menyebarkan virus tersebut. Tetapi sekiranya ‘Raffaello’ terpaksa ditutup sementara atau mengurangkan jumlah kemasukan, berkemungkinan besar ia tidak akan dilanjutkan.
Uffizi yang memiliki banyak karya Raphael mungkin boleh meminjamkan 40 karya Raphael dan mengadakan di bilik yang terbuka di muzium Florence, atau meminjamkan kepada institusi lain, seperti Prado, the Louvre, National Gallery di London dan National Gallery of Arts di Washington DC, akan keberatan untuk menghalang orang ramai dari menikmati peluang untuk menyaksikan hasil karya Raphael di bilik pameran mereka.
Penularan wabak telah keadaan yang tidak selesa bagi penggemar lukisan di Itali. – AP