Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Potret Marilyn Monroe dijual AS$195 juta

    NEW YORK, 10 MEI – Sebuah potret ikonik Marilyn Monroe oleh pelukis Amerika Andy Warhol dilelong dengan harga AS$195 juta semalam di Christie’s, menjadi seni kerja abad ke-20 paling mahal pernah dijual pada pelelongan awam.

    ‘Shot Sage Blue Marilyn,’ dihasilkan pada 1964, dua tahun selepas kematian bintang Hollywood itu, dijual dengan harga AS$195.04 juta, termasuk yuran, dalam masa empat minit sahaja di bilik penuh sesak di ibu pejabat Christie’s di Manhattan.

    Puluhan pekerja Christie’s berada dalam bilik menggenggam telefon mereka ketika mereka menerima tempahan daripada pembeli berpotensi. Firma pelelongan milik jutawan Perancis Francois Pinault berkata dalam sidang media bahawa bidaan yang berjaya untuk ‘Marilyn’ dibuat dari dalam bilik berkenaan.

    Sebelum jualan, potret itu diramalkan dilelong pada harga AS$200 juta, menurut Christie’s.

    Sementara kurang daripada harga ramalan, namun ia mengatasi rekod sebelumnya untuk kerja seni abad ke-20, ‘Women of Algier’ oleh Pablo Picasso, yang dibeli dengan harga AS$179.4 juta pada 2015. – AFP

    Seorang wanita merakam potret ‘Shot Sage Blue Marilyn’ semasa previu Seni Abad ke-20 dan 21 Christie’s di New York. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...