Poulsen sedia ganti tempat Werner

LISBON, 12 OGOS – Yussuf Poulsen telah pulih daripada kecederaan buku lali dan dia bersedia untuk menggantikan Timo Werner dan membantu menyumbangkan gol bagi RB Leipzig pada perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara pada Khamis menentang Atletico Madrid.

Selepas menjaringkan 34 gol musim lalu, termasuk empat gol dalam Liga Juara-Juara, penyerang Jerman Werner telah meninggalkan Leipzig untuk menyertai pasukan Liga Perdana Inggeris, Chelsea pada Jun.

Meskipun diberikan kebenaran oleh Chelsea, Werner telah menolak peluang untuk bermain bersama Leipzig di perlawanan suku akhir bagi memberikan tumpuan untuk menyesuaikan kehidupan di London.

“Kami tahu bahawa kami tidak dapat menggantikan Werner sepenuhnya,” Poulsen memberitahu anak buah syarikat AFP, SID.

“Tetapi saya tahu bahawa jurulatih mempunyai banyak idea bagaimana kami boleh mengharungi perlawanan ini dan atau sekurang-kurangnya efektif di Lisbon seperti perlawanan Liga Juara-Juara kami yang sebelumnya.

“Selagi saya memulakan perlawanan, saya sentiasa bersetuju dengan jurulatih,” dia berjenaka.

Leipzig yang ditubuhkan pada 2009 berada di pusingan kalah mati di Liga Juara-Juara buat kali pertama. – AFP