Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Poulter layak ke Terbuka Scotland

    VIRGINIA WATER, ENGLAND, 5 JULAI — Ian Poulter yang telah mendaftar bagi menyertai siri LIV Golf yang dibiayai Arab Saudi memenangi perlawanan kelmarin dari padang golf Britain sekali gus melayakkan dirinya bermain di Terbuka Scotland.

    Poulter, telah mencabar penggantungannya daripada Terbuka Scotland dan dua kejohanan lain. Penggantungan tersebut atas sebab penyertaannya dalam acara LIV Golf di luar London tanpa kebenaran daripada jelajah Eropah.

    Dia akan bermain di The Renaissance Club untuk Terbuka Scotland pada minggu ini iaitu acara jelajah Eropah pertama yang disetujui bersama oleh Jelajah PGA.

    Jelajah PGA menggantung ahlinya yang mendaftar untuk siri yang di-sokong Arab Saudi yang dikendalikan oleh Greg Norman. Poulter juga merupakan salah seorang daripada ahli Jelajah PGA.

    Poulter adalah antara 16 orang pemain yang mengemukakan tindakan undang-undang ke atas penalti jelajah Eropah.

    Sementara itu, Pelley yang berada di JP McManus Pro-Am di Ireland berkata bahawa dia akan mengelak respons yang lebih terperinci sehingga acara amal itu selesai, sebagai penghormatan kepada tuan rumah. – AP

    Ian Poulter berjaya melayakkan diri ke Terbuka Scotland selepas memenangi perlawanan di padang Britain kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...