Tuesday, March 21, 2023
21.6 C
Brunei

-

Power Lunch Series himpun komuniti peniaga

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 FEB – Bank Baiduri bersama Persatuan Usahawan Muda Brunei (YEAB) telah menganjurkan Power Lunch Series, hari ini, di Ruang Komuniti Baiduri, Ibu Pejabat Bank Baiduri.

Acara makan tengah hari bertajuk The Future of Tech and Services in Brunei itu telah dihadiri oleh lebih 45 peserta dari pelbagai syarikat dalam sektor teknologi dan perkhidmatan, dalam bidang pembangunan aplikasi dan perisian, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pendidikan, pemasaran, insurans dan perdagangan.

Fasilitator bagi acara ialah Pengarah Hal Ehwal ASEAN & Korporat di UK-ASEAN Business Council, Allen Lai.

Power Lunch Series itu menyediakan platform kepada usahawan tempatan untuk mengongsikan perjuangan perniagaan dan amalan terbaik mereka dalam mengatasi cabaran.

Ia juga merupakan satu jalan untuk memupuk budaya sokongan dalam landskap keusahawanan Brunei melalui kerjasama dengan matlamat memberi peluang kepada usahawan untuk belajar dan menjalin rangkaian dengan para peniaga yang berfikiran sama.

Awang Mohd Isa Liew semasa berucap di majlis tersebut.
Antara yang hadir mengongsikan perjuangan perniagaan dan amalan terbaik mereka.
Sesi bergambar ramai.

Siri yang diadakan sepanjang tahun itu akan menghimpunkan para usahawan dan menjemput orang berkepentingan dari pelbagai sektor dan industri.

Acara makan tengah hari pertama dalam siri itu telah diadakan pada November lalu yang menyaksikan lebih 30 peserta dari pelbagai syarikat dalam sektor makanan dan minuman (F&B) menghadirinya.

Acara itu turut menampilkan Pengarah Urusan Ideal Group Holdings (Brunei) Sdn Bhd, Haji Awang Ahmad Morshidi bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Abdul Rahman.

Berucap pada majlis itu, Ketua Perbankan Perniagaan Bank Baiduri, Awang Mohd Isa Liew bin Mohd Amin Liew, menekankan mengenai kepentingan komuniti dan belajar antara satu sama lain untuk menyelesaikan masalah.

Power Lunch Series kedua memfokuskan pada sektor teknologi dan perkhidmatan.

“Perniagaan dalam sektor ini boleh memanfaatkan peluang untuk bekerjasama dan membincangkan kebimbangan mereka untuk menggalakkan penyelesaian perniagaan sebagai satu komuniti,” katanya.

“Di Bank Baiduri, kami menyedari cabaran berbeza yang dihadapi oleh pemilik perniagaan, dan dengan membantu menjalin dan menggalakkan komunikasi terbuka dalam industri, kami berharap PMKS tempatan kita akan dapat belajar daripada banyak pengajaran dan pencapaian rakan-rakan mereka, supaya mereka bersedia untuk menghadapi sebarang ketidakpastian yang mungkin timbul pada masa hadapan sebagai satu komuniti,” tambahnya.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Paras oksigen kurang punca jutaan ikan mati

CANBERRA, AUSTRALIA, 19 MAC – Berjuta-juta ikan telah mati dihanyutkan di tenggara Australia dalam kematian yang menurut pihak berkuasa dan saintis berpunca daripada paras...
- Advertisment -