JAKARTA, Indonesia, 26 April – Powerphase dan PT Perusahaan Listrik Negara (PLN), syarikat tenaga negara bagi Indonesia, telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) hari ini. MoU itu ditandatangani oleh PLN dan Powerphase bersempena lawatan Naib Presiden Amerika Syarikat Pence ke Indonesia.
Dengan perjanjian ini, kedua-dua pihak bersetuju untuk bekerjasama berhubung satu pelan pelaksanaan secara berperingkat bagi Pancitan Udara Kering Turbophase®, bermula dengan satu kajian kebolehlaksanaan dan termasuk dua projek 50 MW, diikuti oleh satu pelaksanaan penuh bagi 2 GW kuasa tambahan.
2 GW akan diramal dikontrakkan dan dipasang pada aset PLN yang sedia ada dalam tempoh dua tahun akan datang.
Ekonomi Indonesia sedang menikmati pertumbuhan KDNK yang pesat yang didorong oleh jumlah penduduk yang mencecah lebih 250 juta orang, termasuk sebuah kelas menengah yang besar dan semakin berkembang.
Ketika penduduk Indonesia menikmati lebih banyak pembandaran dan perindustrian, permintaan bagi kuasa elektrik turut meningkat.
PLN, syarikat tenaga milik negara, telah bergerak dengan pantas untuk menangani keperluan itu dengan mewujudkan satu rangka kerja ekonomi yang kondusif bagi pelaburan di dalam sektor tenaga. Syarikat-syarikat seperti Powerphase yang berpangkalan di Amerika Syarikat membawa penyelesaian yang berinovatif kepada Indonesia untuk memenuhi dengan pantas permintaan itu. – Bernama