SHANGHAI, 11 Sept – Bekas pemain tengah Chelsea dan Tottenham Hotspur, Gus poyet (gambar) telah meletak jawatan sebagai jurulatih bagi pasukan bergelut dalam Liga Super China (CSL) Shanghai Shenhua hari ini, hanya selepas 10 bulan melakukan tugas itu, umum kelab.
Poyet, 49, gagal memberikan inspirasi kepada pasukan Shanghai, yang mana Carlos Tevez juga mempunyai kekecewaan yang sama meskipun menikmati gaji paling mahal dalam dunia bola sepak.
Shenhua ditewaskan 2-1 di gelanggang sendiri oleh Henan Jianye kelmarin, meletakkan mereka di kedudukan ke-11 daripada 16 pasukan CSL.
Para penyokong beralih kepada Poyet dan Tevex dalam beberapa bulan ini dan warga Uruguay itu, juga bekas pengurus Sunderland dan Brighton, memberikan petanda bahawa dia diambang untuk meletakkan jawatan pada bulan lepas.
“Saya bangga kerana mempunyai kerja ini tetapi saya tidak teruja bahawa saya sudah mencapai had saya,” kata Poyet selepas tewas 3-0 di gelanggang sendiri. Shenhua menamatkan di kedudukan keempat musim lepas dalam CSL, tetapi hanya memenangi enam perlawanan daripada 23 perlawanan liga musim ini di bawah kendalian Poyet, meskipun sudah membelanjakan sejumlah 38 juta euro ke atas gaji penyerang Argentina, Tevez.
“Poyet telah menyerahkan surat letak jawatannya kepada Kelab Bola Sepak Shanghai Shenhua hari ini. Selepas perbincangan, kelab telah menerima letak jawatan itu,” umum kenyataan kelab.
“Kelab dengan ikhlas menghargai usaha keras Poyet dan pasukannya dalam menangani kesukaran dalam setahun kebelakangan ini.”
Pengarah teknikal, Wu Jingui akan mengambil alih pasukan sebagai ketua jurulatih sementara. – AFP