PPDB adakan Doa Kesyukuran sempena Hari Keputeraan

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JULAI – Sempena Ulang Tahun Hari keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-74 tahun, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengadakan majlis Doa Kesyukuran di Surau Kompleks Ibu Pejabat Polis Gadong, hari ini.

Hadir pada majlis berkenaan ialah Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali.

Majlis yang dikendalikan oleh Badan Ugama Islam PPDB itu dimulakan dengan bacaan Doa Kesyukuran sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia diikuti dengan sembahyang Fardu Asar berjemaah yang dipimpin oleh imam Surau Kompleks Ibu Pejabat Polis Gadong.

PPDB mengadakan majlis Doa Kesyukuran sempena Ulang Tahun Hari keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-74, di Surau Kompleks Ibu Pejabat Polis Gadong. – Gambar serahan PPDB