Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    PPDB adakan Latihan Mara Lasak 28 Julai

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JULAI – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) memaklumkan orang ramai bahawa dua Latihan Mara Lasak akan dijalankan pada 28 Julai bermula pukul 10 malam hingga selesai.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, PPDB akan menjalankan latihan berkenaan bermula dari kawasan CAE Brunei MPTC Rimba melalui Jalan Armada menghala ke IBTE Kampus Mekanikal Rimba menuju ke pusing keliling Jerudong Tungku menghala Jalan Tungku.

    Sementara itu, Polis Kawalan Diraja PPDB juga akan mengadakan Latihan Mara Lasak bermula Pantai Meragang menghala ke Dewan Serba guna Polis Kawalan Diraja, Beribi.

    Sehubungan itu, pihak polis memaklumkan orang ramai dan penduduk yang tinggal berdekatan dan melalui jalan berkenaan supaya tidak merasa cemas sepanjang latihan berkenaan dijalankan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...