Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    PPDB anjur majlis ibadah korban

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JULAI – Badan Ugama Islam (BUI), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengungkayahkan majlis ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini yang berlangsung di Surau Polis Gadong, PPDB, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan pengagihan daging-daging korban pada majlis berkenaan ialah Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali.

    Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis, Awang Sulaiman bin Alidin, Timbalan Penguasa Polis, Awang Mohamad Amirruddin bin Haji Tunjang selaku pengerusi BUI serta pengarah dan timbalan pengarah jabatan, ketua-ketua formasi, pegawai pemerintah, pegawai-pegawai kanan serta anggota dan warga kakitangan awam PPDB.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan takbir raya dipimpin oleh Imam Surau Polis Gadong, APO Staf Sarjan 6472 Mohammad Yusri bin Haji Abu Bakar dan diteruskan dengan pengagihan daging-daging korban oleh tetamu kehormat kepada 56 orang penerima dari lapan ekor kerbau dikorbankan di majlis itu.

    Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat serta solat fardu Asar berjemaah.

    Majlis ibadah korban ini memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS dapat mengasuh dan mendidik diri untuk bersikap sabar terhadap segala ujian yang diberikan oleh Allah SWT dalam kehidupan, tidak mudah mengeluh dan tetap menyerah dan bertawakal kepada-Nya.

    Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan menyampaikan agihan daging korban kepada penerima di majlis tersebut. – Gambar serahan PPDB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...