Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    PPDB rai pemenang kejohanan badminton

    Oleh James Kon
    Gambar serahan PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JULAI – Kejohanan badminton anjuran Majlis Sukan Pasukan Polis Diraja Brunei bagi anggota Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) berpangkat rendah telah menutup tirai pada Isnin lalu di Stadium Hassanal Bolkiah, Ibu Pejabat PPDB di Gadong.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan hadiah ialah Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali. Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis, Awang Sulaiman bin Alidin bersama pengerusi cawangan serta pegawai dan kakitangan PPDB. Pada hari terakhir pertandingan menyaksikan perlawanan akhir bagi beregu lelaki veteran, beregu wanita terbuka dan beregu lelaki terbuka.

    Dalam acara beregu lelaki veteran, gandingan antara Staf/Sjn 2765 Muhd Nadzrin Abdullah dan Staf/Sjn 3982 Haji Zainal Abidin Haji Abdul Ghani berjaya menewaskan Sjn 2842 Repin bin Haji Angkis dan Kpl 4242 Ashrin Shamsul sekali gus muncul sebagai juara dalam kategori tersebut.

    Manakala gandingan antara W.Sjn 5143 Noor Nekma Rainah Haji Rosley bersama W.APO/L/Kpl 6853 Mas Susilawati binti Haji Sulaiman menjadi johan dalam acara beregu wanita terbuka dengan mengatasi W.Kpl 4917 Siti Norasmah binti Safar dan W.APO 6852 Norkhafizah. Bagi perlawanan akhir beregu lelaki terbuka, gandingan Sjn 2842 Repin bin Haji Angkis dan L/Kpl 4861 Muhammad Zuhar bin Hamir turut merangkul tempat pertama selepas menewaskan pasukan beregu PC 6526 Nur Erdy bin Mohammad Dily Alias dan PC 6528 Zulhilmi bin Abdul Aziz.

    Sjn 2842 Repin dan L/Kpl 4861 Muhammad Zuhar mendapat tempat pertama bagi kategori beregu lelaki terbuka.
    Staf/Sjn 2765 Muhd Nadzrin Abdullah dan Staf/Sjn 3982 Haji Zainal Abidin muncul sebagai johan bagi kategori beregu lelaki veteran.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...