PPM Kudat tahan lelaki miliki syabu

KUDAT, 31 DIS –  Pasukan Polis Marin (PPM) Kudat menahan seorang lelaki berumur 33 tahun dan merampas daripadanya 34 tiub plastik kecil mengandungi dadah jenis syabu dalam satu operasi di Taman Lajong di sini, semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali berkata hasil pemeriksaan ke atas lelaki rakyat tempatan itu dan kenderaan yang dinaikinya, Unit Risik Marin telah menjumpai tiub plastik kecil berkenaan yang mengandungi ketulan hablur jernih yang disyaki dadah jenis syabu. – Bernama