PPNBD anjur Bengkel Pentadbiran

Gambar serahan PPNBD

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 MAC – Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam melalui ahli Jawantankuasa Pemantau dan Pelaksana Rancangan Strategik PPNBD 2014-2024 telah menganjurkan Bengkel Pentadbiran dan Sumber Dewasa bagi Pemimpin-pemimpin Pengakap.

Bengkel yang dibahagikan kepada dua sesi ini bertujuan memberigakan dapatan-dapatan yang telah diungkayahkan oleh ahli-ahli jawatankuasa bagi menyebarluas polisi-polisi
serta peraturan-peraturan PPNBD.

Sesi pertama yang mengutarakan isu pentadbiran, struktur organisasi PPNBD, manual prosedur kerja dan laporan kegiatan telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPNBD, Haji Mohd Zali bin Haji Arsad.

Manakala dalam sesi kedua, Pesuruhjaya Latihan PPNBD, Haji Mohd Taib bin Haji Osman telah membentangkan tajuk mengenai ‘Peranan Pemimpin Dewasa dalam Memenuhi Visi dan Misi PPNBD’ yang memfokuskan pada carta aliran latihan pemimpin dewasa dan cara-cara menjalankan perjumpaan dalam pasukan pengakap.

Bengkel yang dijalankan selama sehari itu turut disertai oleh ahli-ahli Majlis Persatuan Daerah dari Daerah Brunei dan Muara, Tutong, Belait dan Temburong beserta pesuruhjaya-pesuruhjaya dan penolong-penolong pesuruhjaya daerah.

Peserta bengkel ketika mengongsikan idea pada bengkel tersebut.
Yang di-pertua PPNBD bergambar ramai bersama peserta bengkel.