PPNBD anjur majlis penganugerahan tauliah

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JULAI – Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD), hari ini, telah menganjurkan majlis penganugerahan tauliah (Warrant) kepada pesuruhjaya-pesuruhjaya dan penolong pesuruhjaya pengakap Daerah Brunei dan Muara.

Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyampaikan tauliah ialah Yang Di-Pertua PPNBD, Haji Metussin bin Orang Kaya Sura Haji Tuba.

Ketua Pesuruhjaya Pengakap, Haji Awang Badar bin Haji Awang Ali dalam ucapan alu-aluannya menyatakan harapan bahawa dengan pentauliahan berkenaan, para penerimanya akan lebih komited dan terus bersemangat dalam menjalankan amanah yang telah diberikan.

Seiring dengan visi, misi dan pelan strategik persekutuan bagi 2024, beliau menambah, semua pihak perlu bekerjasama dalam menjayakannya agar apa yang dirancang dapat dicapai dengan jayanya.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Naib Yang Di-Pertua PPNBD, Haji Damit bin Haji Chuchu; Timbalan Ketua Pesuruhjaya, Awang Junaidi bin Hussin; Pesuruhjaya Antarabangsa, Awang Abdul Manan bin Haji Abdul Latip; pesuruhjaya-pesuruhjaya pengakap dan penolong-penolong pesuruhjaya daerah.

Haji Metussin selaku tetamu kehormat majlis ketika bergambar ramai dengan ahli-ahli PPNBD semasa majlis penganugerahan tauliah (Warrant) kepada pesuruhjaya-pesuruhjaya dan penolong pesuruhjaya pengakap Daerah Brunei dan Muara.