Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    PPNBD lantik ahli Majlis Pengakap Kebangsaan bagi sesi 2022-2025

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 MEI – Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) telah mengadakan mesyuarat agung, hari ini, yang turut menyaksikan pelantikan ahli-ahli Majlis Pengakap Kebangsaan sesi 2022-2025.

    Mesyuarat diadakan secara hibrid iaitu fizikal di Dewan Serbaguna, Tingkat 5, Bangunan Ibu Pejabat PPNBD, Kompleks Pengakap, Gadong dan secara maya melalui platform Zoom.
    Mesyuarat antara lain membincangkan dan membentangkan laporan-laporan kegiatan sepanjang 2020 hingga 2021.

    Kemudian, mesyuarat membubarkan ahli-ahli Majlis Pengakap Kebangsaan dan seterusnya melantik ahli-ahli baharu bagi sesi 2022-2025.

    Undian daripada ahli-ahli semasa mesyuarat agung itu menyaksikan pemilihan Dato Paduka Ar Haji Idris bin Haji Abas sebagai yang di-pertua PPNBD yang baharu; dan Haji Metassim bin Haji Duraman selaku naib yang di-pertua.

    Haji Rasni @ Haji Rosli bin Awang Bakir dilantik sebagai setiausaha agung yang baharu dan Pengiran Supri bin Pengiran Haji Hashim sebagai bendahari agung.

    Turut hadir sama semasa mesyuarat berkenaan ialah ahli-ahli Majlis Pengakap Kebangsaan, ahli-ahli persatuan dari Daerah Brunei dan Muara, Tutong, Belait dan Temburong, para pesuruhjaya serta pemimpin pengakap.

    Sesi bergambar ramai selepas mesyuarat dan pemilihan ahli Majlis Pengakap Kebangsaan selesai dilaksanakan. – Gambar serahan PPNBD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...