Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    PPNBD lestarikan pemeliharaan alam sekitar

    Oleh Nurdiyanah R.

    BELAIT, 5 JUN – Sebagai salah satu inisiatif dalam melestarikan pemeliharaan alam sekitar, Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) telah mengadakan Sambutan Ulang Tahun Hari Menanam Pokok PPNBD ke-8 yang berlangsung di kawasan Projek Penanaman Pokok PPNBD, Km12, Kampung Sungai Mau, Jalan Labi-Liang, Mukim Bukit Sawat, Daerah Belait, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, sambutan berkenaan diperkenalkan sebagai menyuntik sikap dan semangat kesedaran mengenai penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar dalam kalangan ahli-ahli pengakap serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan alam sekitar.

    Selain itu, ia juga sebagai salah satu inisiatif Program Perutusan Kedamaian dengan pengisian program Hari Menanam Pokok Pengakap Negara Brunei Darussalam yang disambut oleh PPNBD pada 1 Jun setiap tahun sejak 2014.

    Sambutan ini juga bagi mendukung usaha pemeliharaan alam sekitar secara berterusan termasuk ekosistem sumber hutan dan menghijaukan alam sekitar melalui penjagaan tumbuh-tumbuhan atau pokok.

    Dalam pada itu, PPNBD sentiasa prihatin dalam mengekalkan usaha penanaman dan penjagaan yang berterusan dan bersistem melalui kaedah Tanam – Pelihara – Pantau – Tanam dalam sama-sama mendukung dan memberigakan pelaksanaan aktiviti-aktiviti pemeliharaan secara penghijauan di negara ini.

    Ahli-ahli Pengakap Dewasa melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan Projek Penanaman Pokok PPNBD di Kampung Sungai Mau, Daerah Belait, baru-baru ini. – Gambar serahan PPNBD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...