Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    PPNBD raikan penglibatan aktif ahli pengakap

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 OGOS – Bagi meraikan penglibatan ahli-ahli pengakap dalam pelbagai kegiatan di sepanjang dua bulan kebelakangan, Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Kegiatan Pengakap di Bilik Persidangan Tingkat 4, Bangunan Ibu Pejabat PPNBD, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis bagi menyampaikan sijil ialah Ketua Pesuruhjaya Pengakap, Haji Awang Badar bin Haji Awang Ali.

    Majlis penyampaian sijil telah dimulakan dengan penyampaian Waran Timbalan Ketua Pesuruhjaya kepada Awang Mohammad Arif bin Hadi dan Waran Pesuruhjaya Antarabangsa kepada Haji Abdul Manan bin Haji Abdul Latif.

    Kemudian, majlis diikuti dengan penyampaian sijil kepada ahli-ahli pengakap yang mengikuti program-program sepanjang Jun dan Julai lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh PPNBD, majlis berkenaan diadakan bagi menghargai ahli-ahli pengakap yang mengikuti program-program antaranya Pertandingan Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan 1443H/2022M, acara menaiki bendera kebangsaan sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-76 termasuklah acara perbarisan padang dan persembahan pentas perayaan, dan program luar negara terdiri daripada First Sarawak Rover Moot di Kuching.

    Haji Awang Badar bergambar ramai bersama ahli-ahli pengakap yang diraikan pada Majlis Penyampaian Sijil Kegiatan Pengakap di Bilik Persidangan Tingkat 4, Bangunan Ibu Pejabat PPNBD, kelmarin. – Gambar serahan PPNBD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...