Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi
TEMBURONG, 15 APRIL – Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) menerusi Badan Keagamaan tidak ketinggalan menyemarakkan bulan suci Ramadan dengan mengadakan Program Tadarus Al-Quran di Rumah Pengakap Lekiun Daerah Temburong.
Pesuruhjaya Pengakap Daerah Temburong selaku tuan rumah majlis menyatakan bahawa program yang dirancang buat kali ke-2 itu selaras dengan moto PPNBD yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Menurutnya, program yang dirancang perlu dijalankan secara berterusan agar dapat membuahkan hasil yang membanggakan.
Sementara itu, salah seorang penolong pesuruhjaya yang ditemui menyatakan bahawa program berkebajikan tersebut akan dapat menambah mahupun mewujudkan suasana keakraban dalam kalangan peserta.