PPNBD tanam pokok di daerah Temburong

Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD), Haji Badar bin Haji Ali melancarkan penanaman pokok buah-buahan di kawasan Bangunan Persatuan Pengakap Daerah Temburong di Kampung Lekiun, Mukim Batu Apoi, baru-baru ini.

Kempen penanaman pokok berkenaan adalah bertepatan dengan Hari Menanam Pokok PPNBD dan Hari Alam Sekitar Sedunia Peringkat Persatuan Pengakap Daerah Temburong.