Thursday, January 23, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    PPPBD anjur majlis khatam Al-Quran sempena HK-40

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 FEB – Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-40 tahun (HK-40), Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam (PPPBD) telah mengadakan majlis khatam Al-Quran, hari ini.

    Majlis berkenaan merupakan salah satu daripada kegiatan keagamaan tahunan persatuan dan sebahagian daripada rangkaian kegiatan di bawah projek berpanjangan persatuan Projek Pencinta Kalam Allah.

    Hadir pada majlis itu ialah Naib Yang Di-Pertua Sepanjang Hayat PPPBD, Datin Hajah Masni binti Haji Mohd Ali dan Ketua Pesuruhjaya PPPBD, Dayang Norazrina binti Haji Sarbini.

    Majlis antara lain bertujuan menyemarakkan sambutan HK-40 dengan kegiatan-kegiatan keagamaan dan bermanfaat, di samping memupuk budaya membaca, memahami dan mendalami Al-Quran dalam kalangan ahli-ahli persatuan sekali gus mendidik ahli-ahli dari aspek kerohanian dan untuk ahli-ahli lebih mendekatkan diri kepada Al-Quran yang merupakan panduan hidup yang lengkap.

    Selain itu, majlis juga mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan memupuk perasaan muhibah dalam kalangan ahli persatuan.

    Pada majlis itu, dua kumpulan pembaca yang terdiri daripada ahli-ahli majlis jawatankuasa tadbir, pemimpin-pemimpin dewasa, pemimpin-pemimpin muda, Pandu Puteri Ranjer dan Pandu Puteri telah menyelesaikan bacaan masing-masing untuk melengkapkan bacaan 30 juzuk Al-Quran bagi kumpulan masing-masing.

    Turut sama dalam majlis khatam tersebut ialah ahli-ahli persatuan yang terlibat dalam Projek Pencinta Kalam Allah yang telah melengkapkan bacaan 30 juzuk Al-Quran setiap seorang.

    Majlis turut diisi dengan solat Fardu Asar berjemaah, bacaan Doa Kesyukuran dan Doa Hari Kebangsaan sempena HK-40 serta bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

    Datin Hajah Masni antara yang hadir di majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda